Rabu, 30 Disember 2009

TAHUN BARU

Kini hampir tahun baru. Dekat amat. Dan yang pasti tidak ada sesiapa yang dapat melengahkannya kecuali dengan takdir yang maha Kuasa. Namun tidak ada sesiapa pernah lupa bahawa ketibaan tahun baru bermakna anjakan waktu semakin ke depan. Ada yang merayakannya sebagai satu keseronokkan. Entah dari segi apa?
Tetapi bagi yang memahami, tugas semakin berat setiap kali tahun berganti. Paling jelas, kita semakin hampir ke suatu waktu yang cukup abadi dan pasti. Dan waktu itu, semuanya akan saling membuktikan tentang penggunaan usia kita dalam kehidupan ini. Dan waktu itu juga, pilihan telah kita buat seawal kehidupan kita, sehingga titik itu, kita tidak punya pilihan lagi, selain hanya menerima "ganjaran" yang setimpal dengan apa yang telah kita lakukan.

APA SUDAH JADI?

Apabila membaca sebuah akhbar tentang perancangan anak kandung kembar untuk membunuh ayahnya, saya menjadi cukup kelu dan terlalu payah mentafsir, mengapa sehingga sedemikian hinanya pengertian tentang anak dan ayah. Apatah lagi ayah itu ayah kandungnya sendiri. Terlalu sukar untuk dimengertikan.
Mengapa hal-hal sebegini berlaku walhal dicanang masa kini orang semakin moden dan kononnya makin bijak. Tetapi apa yang berlaku dan sedang berlaku bertentangan dengan makna bijak itu. Bayangkan pembunuhan demi pembunuhan sama ada bapa bunuh anak, orang jual anak, anak bunuh ibu, anak saudara merompak ibu saudara dan banyak lagi kes-kes yang semakin memualkan.
Barangkali, jelaslah bahawa akhir zaman dinampakkan pelbagai kehinaan manusia apabila mereka melupakan siapa yang lebih berkuasa dalam dunia yang fana ini. Maka berterusan kehinaan ini, apabila yang bertanggungjawab semakin mengabaikan amanahnya. Nauzubillah...

Isnin, 28 Disember 2009

PERAYAAN ATAU PESTAAN?

Sesekali di KL ini, teringin juga untuk melihat suasana perayaan disambut. Yang pasti memilih lokasi yang paling sesuai bukannya mudah. Hampir semua tempat yang dirasai wajar cukup sesak dan menyeksakan. Pelbagai rupa dan gaya terpapar di depan mata. Paling mengejutkan "orang melayu" sendiri melebihi hadnya sebagai pengisi suasana.
Mungkin dasar kekitaan yang sekian lama terbina dalam diri, maka nilai kesamaan menjadi jalinan yang sedemikian rupa. Tetapi yang pelik dan menyedihkan, "orang melayu" hilang pendirian diri dan konsep kejiwaannya sebagai seorang yang jelas menganuti agama Islam.
Maka, terpesonalah insan-insan ini merayakan satu pesta yang tidak jelas maknanya dalam diri mereka. Sudah tentu, suasana ini akan kian rancak dari tahun ke tahun. Entah, apakah ada Melayunya lagi pada 2020 nanti?

Ahad, 27 Disember 2009

2010

Seperti biasa, 2009 akan meninggalkan kita dan 2010 akan menjelma. Pelbagai azam dan hasrat impi bergetar dalam diri. Ada yang menjadikan 2010 sebagai permulaan, dan ada juga yang bercita-cita merealisasikan harapan selama ini yang terpendam. Begitulah dari tahun ke tahun, tertanam cita dan impian. Namun setiap yang tertinggal tidak pernah dimengertikan. Sejauh manakah tercatat perjalanan itu dengan seribu pengertian yang benar.
Sesekali menjenguk ke hadapan, kita sememangnya akan melupai apa yang telah kita lalui. Bukan kerana kita tidak menyukainya tetapi kerana kita sering terpengaruh oleh suasana, apatah lagi andainya suasana baharu itu lebih menyenangkan dan mengasyikkan.
Dan, kita seperti biasa, dari tahun ke tahun menghitung usia tanpa mengerti bahawa kita semakin dekat untuk menemui-Nya. Mungkin 2010, wajar kita niatkan sebagai langkah membuat persediaan yang rapi ketika menjejak waktu yang pasti datang tanpa kita sedari.

Isnin, 21 Disember 2009

1431

Nikmat ini seringkali disandari dengan kealpaan yang tidak terduga. Entah bila, kita sedar bahawa dunia ini satu permainan yang terlalu sukar untuk ditafsirkan dengan segala akal kita andai kita masih memilih untuk mengutamakan dunia. Detik waktu sentiasa menjalar dan melangkah tanpa peduli tentang kita. Walhal, kita sentiasa ketawa tanpa mengerti apakah makna keriangan kita itu.
Sesudah waktu berlalu, kita menjadi semakin melihat diri tanpa memahami pengertian tentang nilai usia dan harga sebuah kematian. Kerana kita merasakan bahawa semuanya seperti biasa, tanpa ada apa-apa perubahan. Walhal, kita semakin digamit kedatangan ajal yang sentiasa setia menanti waktunya.
Sesungguhnya, 1431 memberi peringatan kepada kita, bersedialah dengan segalanya...

Rabu, 16 Disember 2009

APABILA CANANG BERBUNYI...

Apabila usul meluluskan belanjawan 2010 menjadi isu yang cukup merimaskan, amat jelas kepekaan dan rasa prihatin golongan yang sewajarnya faham dan mengerti tentang tanggungjawab serta amanah semakin menipis untuk membina harga dirinya. Kemelut buta yang sengaja mengundang banyak pentafsiran itu, membuka segala kecenderungan yang sememangnya telah alam ditradisikan dalam amalan kefahamannya.
Bukan mereka tidak tahu atau tidak ambil tahu tetapi rutin dalam diri yang sentiasa memandang mudah terhadap sesuatu hal memeta dengan cepat tetapi dalam hal menentukan yang benar mereka menjadi kelam dalam pengertian apa itu perjuangan dan pengurusan.
Mungkin, kita ini hanya hebat mencanang tetapi kurang bijak menjadikan irama itu sebagai alunan budaya jati diri kita. Mungkin kita semakin lupa asal usul pegangan kita dan mungkin kita sentiasa menaruh harapan dan meninggalkan kekuatan yang kita punya. Dan akhirnya, kita jadi pelupa segala-galanya...

Ahad, 13 Disember 2009

MEMAHAMI DAN MENGERTI

Disember menjadi bulan terakhir setiap tahun. Tahun ini, Disember juga bersama kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam. Tetapi "ghairahnya" berlainan. Hotel2 telah penuh ditempah. Pusat2 hiburan telah siap menyediakan perancangan dan rencana sambutan tahun baru. Bahkan, telah berduyun-duyun sesi2 publisitinya.
Tetapi, sambutan Maal Hijrah seakan samar2 dalam perencanaan. Masih tercari-cari apa yang hendak dilakukan. Yang keterlaluan nanti akan dikatakan mencari populariti. Akhirnya, terencana yang hanya memenuhi ungkapan "melepas batuk di tangga"
Bukan sukar untuk memahami tetapi terlalu sukar untuk dimengerti. Antara yang wajar dan kurang pasti, kini telah tercampur menjadi satu ramuan harga diri. Orang tidak melihat kepada yang relevan tetapi lebih memenuhi tuntutan nafsu dan keseronokkan yang tidak pernah ada batasnya.
Benar, memahami dan mengerti itu, sering menjadi persoalan diri yang tiada hentinya lagi...

Selasa, 8 Disember 2009

MUSIM CUTI

Seperti biasa, bulan Disember menjadi bulan yang cukup meriah dengan gagasan cuti-cuti. Namun bukan semua punya kesempatan sedemikian. Kalau ada pun, seakan dalam keterpaksaan bagi memenuhi tuntutan keluarga. Tentu sahaja insan yang sedemikian dalam kerugian kerana tidak memahami nikmatnya untuk berada dalam lingkaran suasana yang berlainan bersama-sama keluarga.
Mungkin, ruang dan peluang cuti-cuti ini menjadi satu memori yang akan kembali menjelma apabila 10 ke 20 tahun akan datang, yang akan juga memungkinkan kita ketawa sendiri atau anak-anak kita akan mengalir airmata. Barangkali selama ini, kita menjadi sibuk kerana kita memahami tuntutan kerja kita namun dalam waktu yang sama kita terlalu takut untuk mengerti mencipta kebahagiaan yang seharusnya kita nikmati dalam erti kata sebenarnya.

Isnin, 7 Disember 2009

BERCUTI

Hampir seminggu bercuti dan selama itulah blog ini tidak dikunjungi. Apatah lagi untuk bercerita tentang apa yang berlaku. Namun, dalam waktu sesingkat itu, terlalu banyak yang boleh diceritakan. cuma relevan atau tidak dengan hal-hal semasa untuk diperkatakan.
Bercuti di Melaka, bersama-sama keluarga, mengundang suasana rasa kekampung, setelah hampir setahun bergelumbang dengan gelora Kuala Lumpur. Benar, keselesaan bukan hanya terletak pada kenyamanan hidup tetapi juga keharmonian rasa yang lahir melalui cita rasa menilai kehidupan. Dan, akhirnya kita wajar memilih kehidupan yang membahagiakan, bukan kehidupan yang menyeronokkan.

Isnin, 30 November 2009

MENEKA ATAU MENDUGA?

Dalam banyak prinsip ilmu, keobjektifan amat wajar dinyatakan. Tanggapan dan andaian tidak boleh dijadikan ukuran. Walaupun demikian, hipotesis terhadap sesuatu yang diramalkan dibolehkan dengan syarat penentuan kepada kebenaran itu harus diteliti sebaiknya.
Justeru, banyak kali kita berdepan dengan usaha yang pura-pura. Kita dihidangkan dengan teka dan duga yang keterlaluan. Sehingga kita tidak mengetahui di mana punca dan di mana akhirnya. Kita menjadi amat keliru antara bermain dengan alasan dan kenyataan.
Akhirnya, kita termakan sesuatu yang tidak mendatangkan apa-apa buat kita selain hanya meneka dan menduga. Inilah harapan yang telah dipalsukan...

Selasa, 17 November 2009

APA LAH MALANGNYA?

Sekejap sahaja kita mengecapi nikmat ini. Kita ketawa kerana berasa riang rianya. Kita sempat bergurau senda. Seakan segalanya membawa banyak kebahagiaan. Walhal, itu cuma tanggapan kita. Kita disogokkan dengan "mainan" yang mampu meriangkan kita. Hingga kita terlupa bahawa hidup ini penuh dengan kesementeraan yang ketara dan meresahkan.
Bukan semua mengerti, mengapa harus ada cabaran dan hambatan, kerana lebih ramai yang tidak sanggup untuk berdepan dengannya. Kita menjadi cukup lesu untuk memikirkannya. Kita jadi lebih rela mengambil jalan mudah, sekalipun jalan yang kita pilih itu sebenarnya mengundang banyak permasalahan. Tetapi kita mencari jalan memanupulasikannya. Entah, apa malangnya kita ini...

Isnin, 16 November 2009

BERITA ATAU CERITA?

Kadangkala kita menjangkakan bahawa semuanya benar. Apatah lagi andai sumber itu datangnya daripada pihak yang sememenangnya berwibawa. Namun, adakalanya, pelbagai teknik dan kaedah bagi menangani masalah dan krisis.
Apapun, kita sering menjadi bahan kajian suasana, berdasarkan penerimaan, cara kehendak dan pendiriannya. Justeru, kita menjadi keliru dan tidak tahu menilai sebaik mungkin. Akhirnya, ia terbiar tanpa pemahaman yang jitu dan benar.

Ahad, 15 November 2009

KELIRU ATAU TERTIPU?

Kehidupan ini sebenarnya mengundang banyak tafsir. Lantaran itu, kita sering kali menjangkakan bahawa kita keliru berdepan dengan sesuatu perkara. Walhal, kita telah diperingatkan dari awal lagi bahawa, kekeliruan tidak muncul begitu sahaja, harus ada pemulanya.
Maka, mahu tidak mahu kita harus menerima bahawa selama ini kita sering menjadi keliru kerana kita tidak mampu mentafsirkannya secara benar dan telus. Kita menjadi mangsa yang seringkali tertipu dengan pelbagai tanggapan dan pandangan lain.
Itukan sudah menjadi kerja dan janji syaitan yang akan sentiasa dan terus berusaha untuk "menipu" kita? Justeru, berhati-hatilah dengan kekeliruan yang kita hadapi, barangkali itulah punca penipuan yang sedang mendekati diri kita tanpa kita sedari.

Rabu, 11 November 2009

SYYYYYYY!

Dalam diam, banyak hal yang memunculkan tafsiran baharu tentang sebarang kenyataan dan tindakan. Keluh bukan pembias yang mampu mengolah sewajarnya tuntutan rasa. Apatah lagi menjadikannya satu realiti. Sememangnya amat memualkan, andaikata seluruh kejadian dianggap sebagai satu fenomena semata-mata tanpa rasa keinsafan. Semahunya, hidup ini hanya satu pembohongan yang telah ada jawapannya. Cuma, kita sendiri menjadikan mimpi yang tiada kesudahan...

Isnin, 9 November 2009

ERTI KEKALAHAN

Apabila MU kalah dalam pertemuannya dengan THE BLUE, jelas itulah bola sepak. Kekuatan bukan dijamin oleh suasana tetapi tertakluk juga pada nasib dan kehendak diri sendiri.
Kehebatan mungkin hanya gambaran yang memupuk nilai pandangan tetapi reaksi yang akan menentukan pandangan itu benar atau tidak. Bukan mudah untuk membuktikan bahawa apa yang ditanggapi itu selaras dengan apa yang dihajati tetapi tidak juga mustahil untuk menjadikan satu realiti.
Pokoknya, diri sendiri harus sedar dan bersedia untuk sentiasa mendepani setiap pengertian yang ada di depan dan memahami tentang apa yang telah kita tinggalkan. Sedarlah.

Ahad, 8 November 2009

CERITA BOLA

Tahniah buat N.9 dan tahniah juga buat Kelantan. Walaupun demikian, cerita bola mengisahkan segalanya tentang pemikiran, tingkah laku dan tindakan. Berdasarkan cerita segelintir yang membuat onar, jelas sekali, rakyat Malaysia semakin rakus untuk menjadi sebahagian daripada kemelut seperti itu.
Walhal, menang dan kalah adalah adat dan tradisi pertandingan. Mungkin, kita tidak pernah mahu belajar atau sememangnya kita tidak pernah mahu berfikir. Antara keseronokkan dan kepastian itu terlalu disempadankan seumpama air dan minyak. Sedarlah...

Selasa, 3 November 2009

SUDAHLAH TU...

Banyak kali kesilapan demi kesilapan mengundang seribu persoalan. Antara benar dan palsu amat sukar dibezakan. Kini keliru menjadi asas penilaian, entah di mana silapnya tidak pernah ada usaha memperbetulkannya.
Dalam suasana yang sememangnya, menjadi ruang untuk seseorang yang berkepentingan bertindak sebagai "HERO" pasti menampakkan lagi kedunguan penerimaan masyarakat terhadap apa yang terjadi.
Barangkali, sudah sekian lama kita tidak pernah mahu membaca tanda-tanda yang telah diberikan-Nya. Wallahualam.

Isnin, 2 November 2009

DELIMA PERASAAN?

Membaca akhbar tentang kenakalan remaja di Betong, Sarawak yang mempersendakan tentang ibadat orang Islam mengundang delima perasaan. Bukan kerana kefahaman kita tentang "kenakalan" itu tetapi jelas sekali, di Malaysia, hal-hal sedemikian semakin menampakkan adanya usaha oleh orang yang bersembunyi dalam bebayang SATU MALAYSIA.
Mungkin, sesetengah orang melihat hal itu sebagai perkara yang kecil, walhal hanya itu yang diketahui. Bayangkan seandainya hal yang seumpama itu jelas dilakukan tanpa pengetahuan kita? Apakah bibit2 sedemikian akan menular menjadi wabak yang akan menerobos nilai keMalaysiaan kita nanti?
Itulah delima kita yang sentiasa bermain kata, tak apa...

Khamis, 29 Oktober 2009

APA NAK JADI?

Entahlah, apa nak jadi. Kemelut kiri kanan berduyun-duyun membuka horizon kehidupan. Malangnya, cerita itu berkisar tentang orang kita. Yang kononnya punya agama dan perjuangan murni. Di satu pihak begini dan satu pihak lagi begitu.
Terlalu sukar mencari kekuatan kerana masing-masing memandang rendah antara satu sama lain. Apakah, sememangnya tidak ada ruang atau jalan yang wajar mengembalikan pengertian persefahaman? Atau apakah ini tandanya keegoan menjadi pilihan utama berbanding toleransi?
Sifat dan sikap yang angkuh tanpa tujuan selain kepentingan diri sebenarnya akan mengundang seribu satu kehancuran secara perlahan yang kemudiannya akan mencetus satu letupan yang mungkin tidak dapat diselamatkan lagi.
Dan kala itu, kesedaran tidak lagi membawa apa-apa pengertian selain kekesalan yang menjadi sejarah anak cucu kita.
Sedarlah...

Rabu, 28 Oktober 2009

PENYIMPANGAN KITA YANG LEKA

Kalau difikirkan, sememangnya sekarang ini, banyak perkara mengelirukan. Peminggiran hukum Allah jelas dan semakin dimanupulasikan selaras dengan kepentingan semasa. Dalam hal ini, Barat berjaya memperbodoh dan menyelewang cara pemikiran kita, sehingga kita melupai bahawa kita punya pegangan yang cukup utuh iaitu Al-Quran dan hadis. Namun, kita semua kini telah TERPESONA dengan "hidangan" yang disajikan oleh Barat dan akhirnya kita "GHAIRAH" menyakini mereka berbanding dengan keyakinan yang kita sedia ada.
Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyebut (mafhumnya): "Pada suatu zaman nanti, umat Islam akan berhadapan dengan pelbagai percanggahan yang banyak, ingatlah ketika itu, pemerintah dengan al-Quran akan berpisah dan janganlah kamu berpisah daripada al-Quran."
Ertinya Nabi pernah memberi peringatan bahawa pada suatu zaman selepas baginda, pemerintah tidak lagi berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, hukum al-Quran terpisah dan diketepikan oleh pemerintah.
Nabi mengingatkan kita, jangan sesekali kita terpisah daripada al-Quran, kerana itu maka, perjuangan untuk mendaulatkan Islam menjadi suatu keperluan untuk diperjuangkan sehingga akhirnya.

Selasa, 27 Oktober 2009

BAHASA MELAYU KU...

Meminjam kata-kata Rais Yatim ..." pada pagi ini, setelah luput 52 tahun merdeka, kita masih berada di DBP sambil mengulangi seruan-seruan lama, ungkapan-ungkapan lama dan mengamalkan perlakuan-perlakuan lama. Kita masih berkempen bahasa kebangsaan; kita masih mengeluarkan dengusan dan kadangkala kata-kata perli dan sinis, kenapa bahasa Melayu tak begitu dan tak begini. Kadang-kadang kita masih bersuara seolah-olah kita belum merdeka..."
Menghayati kata-kata itu, banyak tafsir yang mampu mengugah pemikiran kita. Kenapa ya? Pertanyaan inilah yang tidak pernah ada jawapannya. Banyak perkara dan persoalan dibiar bergentayangan menjadi angin senja, akhirnya kita dimomokkan dengan slogan dan kempen yang tiada kesudahannya.
Mungkinkah benar kita belum merdeka? lantas kita dipertikaikan dari pelbagai segi, termasuk memaknakan perpaduan, dan akhirnya jua, wujudlah slogan SATU MALAYSIA, walhal, perlembagaan 152 jelas menjadikan BAHASA MELAYU sebagai bahasa pemersatu dan perpaduan di Malaysia sejak dahulu lagi. Kenapa ya?

Isnin, 26 Oktober 2009

SENSASI?

Ada pun suatu cerita, berlaku di sebuah benua yang tidak pernah ada petanya. Teramatlah mashyur dan terkenal, sehingga ke pelosok dunia. Kehebatan dan keberanian yang tidak tergambar. Kesaktian dan keanehan yang tidak mampu dibayangkan. Keunikkan dan kepelikkan yang tidak dapat diperkatakan.
Maka, setelah sekian waktu menanti gunung dirata, sungai ditimbus dan darat dibukitkan, berlakulah kemarau yang berbulan-bulan lamanya. Rakyat menderita dengan keadaan air yang semakin mengering, angin semakin membahang dan langit cerah memancar cahaya mentari.
Lalu bertitah Paduka Alam Pendeta, bahawa inilah akibatnya apabila semakin lupa tentang kehidupan dan pencipta-Nya. Kini, peluang untuk kembali aman dan damai hanya perlu melihat tanjung yang bernama sejahtera. Ya sejahtera, katanya...

Ahad, 25 Oktober 2009

BAJET 2010?

Akhirnya terlerai segala penantian tentang bajet 2010. Apapun yang terhidang, itulah perasa dan nikmatnya. Sama ada suka atau tidak, itulah rumusan dan perancangannya. Dalam soal, memaknakan kehidupan, banyak ciri nilai menjadi bandingan dan penyesuaiannya. Begitu juga dengan hal bajet 2010.
Tiada apa yang dapat memberikan satu alasan yang paling munasabah tentang kewajaran dalam mempersoalkan keperluan diri, masyarakat dan negara. Semuanya dianggap betul dan benar. Soal diyakini atau tidak, itu menjadi perkara lain. Yang perlu, amanah itu sering kali mengemukakan kekeliruan dalam memberi pengertian tentang nilai tersebut.
Akhirnya, tentu sahaja kita wajar menyerahkan kepada yang maha ESA...

Khamis, 22 Oktober 2009

ASN KE-10

Tahniah buat Dato' Mohd. Anuar Haji Rethwan atau lebih dikenali sebagai Anwar Ridhwan atas pengurniaan ASN ke-10. Sesungguhnya beliau merupakan seorang sasterawan yang punya wawasan tersendiri. Karyanya penuh dengan gagasan perjuangan dan analogi kepincangan yang semakin menidakkan nilai dan prinsip budaya itu sendiri.
Seperti mana karyanya "Naratif Ogonshoto" yang dianggap sebagai "rhizome" yakni bersifat metanaratif. Selaras dengan gagasannya untuk "mencipta karya yang bermutu menurut teori sastera Melayu dan menurut piawai antarabangsa"
Tahniah!

Rabu, 21 Oktober 2009

AKADEMI SASTERA 2009

Akhirnya Akademi Sastera 2009 selesai terlaksana. Tahniah kepada pemenang dan semua peserta yang begitu bergaya dan berwibawa melakukan tanggungjawab masing2. Kepada mentor mereka tentu sahaja ilmu yang tercurah bukannya sedikit. Tentu mereka amat merasakan keberuntungan.
Apapun, pengharapan melalui Akademi Sastera ini, akan muncul pemikir muda yang mampu memberi nilai baharu terhadap peredaran dunia kesusasteraan yang semakin sukar untuk ditafsirkan. Walaupun demikian, kita percaya, asas perjuangan yang pasti wajar dan amat dituntut untuk diutamakan.
Semoga apa yang kita lakukan ini mendapat rahmat daripada-Nya dan seterusnya memberi manfaat kepada nilai keinsanan di dunia yang fana ini.

Ahad, 18 Oktober 2009

PERHIMPUNAN PENUH SLOGAN?

Entah kenapa, seringkali kita disajikan dengan slogan yang berkobar-kobar dan penuh semangat. Seakan setiap kali berhimpun masing-masing mendabik dada untuk berjiwa besar. Walhal, suara-suara itu lenyap apabila perkara yang sewajarnya untuk menyuarakan pandangan dan perjuangan diperlukan.
Ini bukan alasan atau satu tohmahan. Tetapi sudah menjadi tradisi yang sekian lama berakar umbi dalam nilai maruah diri dalam pengertian perjuangan yang diamalkan. Justeru, banyak kali kita digembar gemburkan dengan slogan yang tidak sudah-sudah menunjuk arah tetapi semuanya hanya impian yang seumpama mimpi dalam mimpi.
Apapun, kewajaran dan kesediaan untuk berubah bukan hanya terlerai bersama-sama kata-kata tetapi memerlukan niat dan tindak yang betul dan tulus demi untuk mendapat kerahmatan-Nya.

Khamis, 15 Oktober 2009

SECUPAK TERASA SEGANTANG

Kadang-kadang sesuatu yang berharga pada kita amat bernilai dalam pengertiannya. Mungkin bagi kita ya, tetapi bagi orang lain tidak. Perbezaan nilai ini terjadi kerana pengharapan juga berbeza dalam mentafsir kehidupan ini.
Maka, sering kali kita melihat sesuatu perkara dalam tafsir yang keliru, celaru dan tidak pasti. Bagi kita, apa yang memberi nilai diri, itulah yang terbaik. Walhal, bagi orang lain itu mungkin menyusahkan.
Apapun, dalam hal-hal sebegini, kita perlu mempunyai rasa yang peka terhadap apa-apa jua perkara, sama ada untuk diri kita, orang lain atau kehendak bersama. Justeru sememangnya kita sering berharap agar yang secupak menjadi segantang!

Rabu, 14 Oktober 2009

DALAM PENGERTIAN LAIN

Selalunya kita bersetuju andai kata sesuatu yang dibuat atau dicadangkan itu memenuhi keperluan diri kita. Kita akan menyokong tanpa berbelah bahagi, kerana kita menyakini itu yang terbaik buat kita.
Kita sering terlupa dan acap kali tidak peduli kepentingan orang lain, kerana orentasi pemikiran kita sudah terlalu lama menidakkan hak orang lain. Justeru, pertembungan harga diri dan ego kita sentiasa berlaku pergolakkan yang memungkinkan kita tewas dalam penilaian diri kita.
Barangkali, kita tidak pernah mensyukuri apa yang telah kita dapat dan kita peroleh kerana desakan nafsu yang sememangnya tidak pernah padam dalam diri kita. Mungkin, selepas ini kita wajar membina pengertian lain dalam memberi reaksi kehidupan ini. Tentu sahaja kita wajar sedara bahawa kehidupan ini hanya untuk berkhidmat kepada-Nya.

Isnin, 12 Oktober 2009

MENANG ATAU KALAH?

Memang pun setiap pertandingan pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Yang menang mendapat kegembiraan yang tidak terkata dan yang kalah mencari punca penyebabnya. Tetapi, menang dan kalah pada dasarnya serupa, cuma dibezakan dengan cara seseorang menerimanya.
Andai kata pemenang memahami bahawa kemenangan adalah suatu tanggungjawab yang cukup besar dipegang dan dihayati maka pemenang pasti merasa gerun, namun selalunya pemenang hanya memikirkan apa dan apa selepas ini yang akan diterimanya.
Begitu juga dengan yang kalah, sewajarnya menyedari bahawa hikmah di sebaliknya juga cukup besar kalau dihayati dengan makna qada dan qadar. Justeru setiap kejadian memaknakan kehidupan ini dengan cara dan kaedah kita memahaminya.
Yang pasti, sebagai hamba, kita terlalu kecil dan daif untuk mengerti kebesaran-Nya.

Ahad, 11 Oktober 2009

BERITA DALAM CERITA

Tiada apa yang dapat dikatakan lagi, andai persoalan sentiasa menjadi persoalan tanpa jawapan. Kerana, persoalan yang menjadi pertanyaan sentiasa dihimpit dengan kekeliruan yang tiada penghujungnya.
Pentafsiran demi pentafsiran menjadi wadah kekeliruan semakin meluas dan sukar disempadani dengan akar yang berhemah. Punca tiada lagi menjadi perkiraan. Semuanya memberi jawapan berdasarkan persepsi diri yang jumud dan mati.
Kini, terpulang buat diri kita, menentukannya melalui nilai rasa kesedaran dan keinsafan, moga-moga kita berada dalam kerahmatan-Nya.
Amin.

Rabu, 7 Oktober 2009

SEBUAH CERITA KLISE

Dalam dekad yang penuh dengan cabaran kini, kehidupan menjadi amat-amat mendesak. Bukan sahaja tuntutan hidup, bahkan nilai kemanusiaan semakin menipis. Paling menakutkan, seakan tidak ada apa-apa tindakan yang sewajarnya untuk membendung. Sekadar cakap dan lepas, cadang dan hilang, suasana menjadi terbiasa juga.
Dan kebiasaan yang tumbuh ini, kian mula menular menjadi budaya dan tradisi, paling ironis, ia menjadi pegangan dan kepercayaan. Agama dipesongkan melalui landasan akal logik semata-mata dengan mengambil yang mudah dan menepis yang susah. Lantaran, warna kebinasaan semakin jelas memenuhi kanvas nilai masyakarat.
Semoga ada kesedaran dalam kalangan kita untuk sama-sama mengusahakan satu pendekatan yang lebih berfokus membina semula nilai yang semakin terhakis ini dan keinsafan akan mengisi segala kekosongan yang dimomok oleh keseronokkan di sebalik undangan kemusnahan!
Semoga kita sama-sama dalam rahmat-Nya.

Khamis, 1 Oktober 2009

ANTARA POLITIK DAN GEMPA BUMI

Kalau dilihat secara kasar, kedua-duanya fenomena. Satu kejadian yang melibatkan alam dan satu lagi melibatkan masyarakat. Walaupun demikian, kedua-duanya saling berkaitan. Kedua-duanya mengundang ketakutan yang sukar dijangkakan.
Sesekali menilai situasi sebegini, kita sering mengintai salah silapnya. Jarang kita memikirkan mengapa ia harus terjadi? Kenapa sekarang ia terjadi? Mungkin, gempa bumi kita anggap sebagai satu tanda daripada-Nya tentang kita, tetapi politik begitu juga.
Tanggungjawab yang memimpin bukan hanya pada laungan dan jeritan janji dan impian tetapi tanggungan amanah yang menentukan masa depan masyarakatnya.
Begitulah cerita-cerita tentang dunia ini...

Rabu, 30 September 2009

GEGARAN

Kejadian semalam, tempias gempa bumi 7.9 di Sumatera amat mengejutkan warga kota di Kuala Lumpur. Sesiapa yang berada di bangunan tinggi, gegaran itu benar benar terasa, seakan berlaku gempa bumi di Malaysia.
Namun, kejadian itu, sebenarnya membuka ruang fikir kita, untuk menilai, andai kata kejadian sedemikian terjadi di negara kita, apakah persediaan kita?
Sesungguhnya, terlalu sukar untuk kita memberi gambaran tanpa melaluinya. Justeru, kita wajar benar mensyukuri nikmat yang kita kecapi selama ini dengan mendekati diri kepada-Nya.
Naazubillah...

Ahad, 13 September 2009

WANG EHSAN?

Apabila kerajaan di bawah pemerintah BN mengumunkan memberi RM500 kepada kakitangan sokongan dengan kaedah pemberian 2 kali iaitu sebelum Hari Raya dan pada Disember 2009, ada senyum di bibir mereka dan ada rasa syukur meniti dalam hati mereka walaupun kadarnya tidaklah seperti tahun2 lalu.
Keadaan ekonomi negara mungkin alasan yang paling munasabah kenapa dan mengapa hal ini sedemikian rupa jadinya. Mungkin kita boleh menerimanya dengan sedemikian rupa juga. Tetapi ada pihak yang telah mendapat bonus sehingga 6 bulan. Apakah suasana berbeza ini berlainan untuk penerimanya? Entah, kita tidak tahu pendekatannya. Apapun, kakitangan kerajaan kumpulan sokongan ini bukan menerima bonus tetapi wang ehsan. Apakah ada bonus selepas pengumunan belanjawan pada oktober 2009 ini?
Kita tunggu...atau kita "dimatematikkan" melalui satu kaedah yang kita juga tidak memahaminya...

Selasa, 8 September 2009

CERITA UNTUK RENUNGAN

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.
Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangi seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.
Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang hak itu hak, yang bakhil itu bakhil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang hak menjadi bakhil, dan sebaliknya.
Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain."
Masya Allah, Semoga kita dijauhkan daripada segala kepalsuan itu dan sentiasa dalam limpahan rahmat-Nya.

Isnin, 7 September 2009

PASRAH...

Apapun, dalam suasana yang agak sukar ditafsir, dengan begitu banyak kesamaran dan juga kewujudan lapis-lapis maksud yang terlalu payah dimengertikan, sewajarnya doa kepada-Nya mampu meleraikannya.
Sebab, semuanya sudah menjadi ketentuan yang tercatat. Yang pasti menjadi takdir dan kehendak-Nya. Cubaan yang datang dalam diri kita bukan sahaja berupa kesusahan tetapi juga kesenangan.
Justeru, kehidupan ini hanya satu "pentas" yang akan merekodkan peranan atau watak kita dalam mengisi pengertian di dunia ini. dan akhirnya, kita akan menemui yang abdi dan pasti dalam pilihan yang telah kita persetujui di dunia ini.
Semoga kita semua dalam lindungan rahmat dan berkat-Nya

Ahad, 6 September 2009

BONUS?

Barangkali, kebiasaannya, apabila penghujung tahun atau mendekati Hari Raya, sesungguhnya, kakitangan kerajaan mengharapkan bonus bagi menampung perbelanjaan yang sememangnya semakin meruncing.
Tambahan, dengan kenaikan harga minyak petrol bukan sahaja mengundang kenaikan harga benda lain tetapi juga kos sara hidup. Beban ini mungkin tidak dapat dinilai dengan perkiraan matematik sahaja, kerana apa yang berlaku terlalu subjektif untuk dihuraikan dengan kaedah sains dan logik.
Apapun, sama ada bonus diberi atau tidak, kerajaan harus meneliti banyak perkara dalam menentukan kelangsungan hidup masyarakat dalam keseimbangan, yang bukan hanya ditentukan dengan konsep SATU MALAYSIA semata-mata tetapi perlu memaknakan banyak perkara iaitu tentang kehidupan ini.
Kehidupan tidak dapat dijadikan batu loncatan politik, kerana kehidupan yang akan menentukan bentuk dan corak masyarakat, andai perkara ini terbiar dan tidak diambil peduli, maka pelbagai ancaman sosial, pemikiran dan ideologi akan bercambah untuk mencelarukan keadaan, hingga hidup menjadi satu perlumbaan yang tiada garis penamatnya. Dan akibatnya, sesuatu yang amat merisaukan...
Wallahualam.

Khamis, 3 September 2009

PELUANG BERTAUBAT

Firman Allah yang bermaksud,
" Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum hingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan pada sesuatu kaum, tidak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tidak akan ada pelindung bagi mereka selain Dia."( Surah ar-Ra'd;11)

Hidup ini menjadi bermakna apabila ilmu kita terus bertambah dari masa ke semasa. Sesungguhnya kesalahan dan kesilapan tidak menjadi penyebab manusia terjerumus ke dalam siksaan Allah kerana manusia sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan. Tetapi, sifat tidak mahu memperbaiki diri yang menjadi penyebab kita hampir dengan azab Allah. Sebesar manapun kesalahan kita dapat dihapuskan dengan bertaubat. Asalkan kita segera meninggalkan kesalahan itu dan berusaha memperbaiki diri sendiri.

Rabu, 2 September 2009

RENUNGAN BUAT WANITA

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.
Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya
- Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Selasa, 1 September 2009

JAUHILAH ARAK...

Di riwayatkan dari Anas rha bahawa rasulullah saw bersabda : [ dalam hal arak ini ada sepuluh orang yang dilaknat oleh Allah swt : pembuatnya , pengedarnya , peminumnya , pembawanya , pengirimnya , penuangnya , penjualnya , pemakan wang hasilnya , pembayar dan pemesannya .]

Riwayat Ibnu Majah dan at Tarmizi

Tiga golongan orang yang telah diharamkan Allah memasuki syurga : iaitu penagih arak , orang menderhakai ibu bapanya dan orang yang dayus iaitu orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya .

Riwayat Ahmad , al Haakim dan al Baihaqi

Apa yang banyaknya memabukkan maka yang sedikitnya adalah haram.

Riwayat Ahmad , Abu Dawud , At Tarmizi , Ibnu Majah dan Ibnu Hibban

Isnin, 31 Ogos 2009

BERSEDEKAHLAH...

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. a menyatakan bahawa: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: Wahai Rasulullah, Sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Rasulullah bersabda: "Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila roh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata: Harta ini untuk si pulan, harta ini untuk si pulan, padahal harta engkau itu memang akan diwarisi (dimiliki) oleh orang lain. (riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim).

Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: Ya Allah, berikanlah ganti (kembangkanlah harta) bagi orang-orang yang berinfak (menghulurkan sedekah) dan satu yang lain pula berdoa, "Ya Allah, binasakanlah harta orang-orang yang kikir (kedekut). (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Khamis, 27 Ogos 2009

CERITA UNTUK RENUNGAN

FATIMAH az-Zahra adalah puteri bongsu nabi Muhammad, hasil perkahwinannya dengan Khatijah. Fatimah dilahirkan pada tahun ke-5 setelah nabi Muhammad diutus menjadi Nabi, bertepatan dengan tiga tahun setelah peristiwa Israk dan Mikraj. Beliau dilahirkan pada hari Jumaat 20 Jamadilakhir tahun 605 Masihi semasa masyarakat Quraisy sedang memperbaiki dan membangun kembali Kaabah disebabkan banyak kerosakan pada bangunan tersebut.
Siti Fatimah mendapat gelaran as-Siddiqah (wanita terpercaya); at-Tahirah (wanita suci), al-Mubarakah (yang diberkati Allah) dan yang paling sering disebutkan adalah Fatimah Az-Zahra (yang cemerlang). Beliau juga digelar Al-Batul, iaitu yang menumpukan perhatian kepada ibadah dan menjauhi keduniaan. Fatimah selalu bersujud ketika setiap kali berasa lapar dan berzikir setiap kali berasa susah.
Fatimah mencintai ayahandanya melebihi cintanya kepada siapa pun. Apabila ibunya meninggal dunia ketika berusia enam tahun, Fatimah sentiasa berusaha untuk menggantikan peranan ibunya. Fatimah sentiasa mengajak nabi berbual-bual dengan kata-kata yang menggembirakan dan menyenangkan hati nabi. Justeru nabi memanggilnya dengan panggilan manja Ummu Abiha, iaitu ibu bagi ayahnya kerana kasih sayang yang dicurahkan oleh Fatimah kepada ayahnya.
Fatimah mempunyai tiga orang kakak iaitu Zainab, Rugayah dan Ummi Kalsum. Fatimah adalah anak yang paling dicintai dan dikasihi nabi sehingga beliau berkata, "Fatimah adalah darah daging saya, apa yang menyusahkannya juga menyusahkan saya dan apa yang mengganggunya juga mengganggu saya". Fatimah menyerupai ayahnya dari sisi rupa dan akhlaknya. Ummu Salamah menyatakan bahawa Fatimah adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah.
Demikian juga dengan Aishah yang pernah menyatakan bahawa Fatimah adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah dalam ucapan dan fikirannya. Zaman kanak-kanaknya diwarnai oleh pelbagai penentangan yang ditujukan kepada agama Islam yang dibawa oleh ayahnya. Penyeksaan, celaan yang keji, gangguan mental dan fizikal dan fitnah dilakukan oleh golongan kafir Mekah terhadap umat Islam. Allah telah mengurniakan Fatimah dengan sifat lemah-lembut, cerdas dan berani yang tidak dimiliki oleh kanak-kanak lain yang seusianya. Fatimah melihat cabaran dan dugaan yang menimpa keluarga terutama pengalaman pahit yang menimpa ayahnya.
Cabaran dan dugaan itu mampu difahami oleh Fatimah pada usia yang muda dan ini telah mendewasakan pemikiran Fatimah supaya cekal menghadapinya dengan lebih cekal dan berani. "Uqbah bin Abi Muit menyimbah kotoran unta pada ayah kamu yang sedang bersujud di Kaabah!," kata seorang wanita kepada Fatimah yang sedang duduk di rumahnya. "Apa! Sampai hati mereka berbuat demikian kepada ayah saya," jawab Fatimah yang bergegas keluar dari rumahnya.
Fatimah berlari sekuat hati menuju ke arah Kaabah. Jantungnya berdegup dengan pantas memikirkan apa yang telah berlaku pada ayahnya. Apabila sampai di hadapan Kaabah, Fatimah melihat pembesar-pembesar Quraisy sedang ketawa kuat sambil menunjuk jari mereka kepada ayahnya. Beliau pantas menghampiri ayahnya yang tengah bersujud di Kaabah. Fatimah melihat perut-perut unta yang berdarah dan bernajis di atas kepala ayahnya. Beliau membersihkan kotoran itu dengan pantas.
Air mukanya kelihatan sedih bercampur geram kerana kotoran itu terpalit keseluruhan jubah ayahnya. Fatimah bangun dan menghampiri Uqbah bin Abi Muit dan pembesar Quraisy lain yang berdiri sombong bongkak tanpa perasaan takut. Beliau menjeling tajam kepada semua wajah-wajah itu dengan air mukanya yang benar-benar marah dengan tindakan mereka terhadap ayahnya.
"Mengapa kamu melakukan perkara keji ini kepada ayah saya?" tanya Fatimah dengan nada keras dan marah. "Suka hati kamilah. Mari kita tinggalkan tempat ini. Puas hati saya melihat jubah Muhammad penuh dengan kotoran unta," kata Uqbah lalu beredar dari situ bersama pembesar Quraisy lain meninggalkan Fatimah yang masih sedih dan marah.
Pada satu peristiwa lain pula, Fatimah sedang berjalan di sebuah lorong ketika berselisih dengan Abu Jahal yang terkenal dengan permusuhannya terhadap agama Islam. Abu Jahal menahan Fatimah lalu menampar muka Fatimah beberapa kali. Fatimah terkejut dengan perbuatan Abu Jahal terus berlari menuju khemah pemimpin Quraisy yang sedang duduk berbincang.
"Ya Abu Sufian, ketua pemimpin Quraisy. Saya ingin mengadu tentang sikap buruk Abu Jahal yang tiba-tiba menampar muka saya tanpa sebab. Saya mahu keadilan!," kata Fatimah di hadapan Abu Sufian tanpa perasaan takut.
"Apa! Abu Jahal menampar kamu tanpa sebab. Pergi panggil Abu Jahal ke sini," arah Abu Sufian kepada pengawal di sebelahnya.
Abu Jahal pun datang dengan tergesa-gesa menuju khemah tempat pemimpin-pemimpin Quraisy sedang berbincang. Dia tak menyangka Fatimah akan datang mengadu kepada Abu Sufian tentang perbuatannya terhadap Fatimah. Dia berharap Abu Sufian akan menyebelahinya dalam perkara itu. Dia masuk ke dalam khemah itu dengan muka sombong memandang wajah Fatimah yang kelihatan tenang.
"Mengapa kamu menampar muka Fatimah tanpa sebab, Abu Jahal?," tanya Abu Sufian.
"Sahaja. Saya geram dengan ayahnya". Jawab Abu Jahal dengan bongkak.
"Kamu tak ada hak berbuat demikian terhadap budak kecil ini," kata Abu Sufian lalu memandang wajah Fatimah.
"Hulur muka kamu supaya Fatimah boleh menampar muka kamu," arah Abu Sufian kepada Abu Jahal yang kelihatan terkejut mendengar keputusan Abu Sufian itu.
Fatimah tidak melepaskan peluang itu untuk menampar muka Abu Jahal yang selama ini banyak menyakitkan hati ayahnya. Beliau menampar muka Abu Jahal dengan sekuat hati dan pulang dengan hati gembira ke rumahnya. Fatimah menceritakan perkara yang berlaku itu kepada ayahnya. Nabi gembira kerana Abu Sufian telah memberikan keputusan yang adil kepada aduan anaknya.

Rabu, 26 Ogos 2009

KENAPA YA...

Kadang-kadang sukar kita memahaminya secara langsung. Kalau tidak mengetahui hujung pangkalnya. Benar atau tidak, hanya Dia yang maha mengetahui. Walaupun demikian, sesungguhnya apa yang berlaku tentu ada hikmahnya tersendiri, maka, reda sajalah dengan ketentuan-Nya.
Apatah lagi dalam bulan Ramadan yang mempunyai seribu nikmat dan berkat ini, sewajarnya kita rebut semaksimunnya demi pengertian kita sebagai hamba-Nya
SELAMAT BERPUASA

Ahad, 23 Ogos 2009

SEBUAH TEORI - CATATAN DARI RUSIA

Seperti yang telah kami teorikan sebelum ini di dalam dua artikel, kini siaran televisyen Russia Today telah mendedahkan bukti bahawa selsema babi adalah ciptaan pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan ‘panic situation’.

Pada 25 Jun 2009 lepas, Russia Today telah menemuramah seorang penyiasat konspirasi dari Amerika secara langsung berkaitan usaha pihak Amerika membangunkan virus Swine Flu. Menurut maklumat di dalam temuramah itu (lihat video di bawah), penyiasat konspirasi berkenaan mengesyaki bahawa virus tersebut telah dibangunkan dari dua buah universiti di Amerika dan Kanada.

Daripada temuramah di dalam video di bawah, ada dua maklumat yang boleh kita kemukakan. Pertamanya, bukti bahawa Amerika sebagai dalang penciptaan virus selsema babi adalah hampir jelas.

Persoalan kedua, mengapa stesen TV Russia yang beriya-iya mendedahkannya?

Jawapan ini telah pun kami jawab dalam teori kami pada artikel Bahagian 3. Di dalam artikel ke-3 ini telah kami kemukakan bagaimana kerajaan Rusia telah menghidu lebih awal projek-projek senjata biologi Israel yang bakal dibangunkan dan salah satunya adalah virus selsema babi.

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1)
May 1st, 2009 ·

Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.
Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan.

Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.

Permulaan Konspirasi Selsema Babi

Tidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia.

Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.

Perkara itu ialah …

Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.

Khamis, 20 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADAN

Salam Ramadan,
Kesempatan ini, aku doakan kesejahteraan yang berpanjangan kepada semua, kerahmatan daripada-Nya, serta keberkatan rezeki yang sentiasa diberi-Nya. Semoga kehadiran Ramadan akan memberi segala nikmat yang tidak terhingga buat kita.
MAHA SUCI ALLAH...

Rabu, 19 Ogos 2009

SESEKALI SEBEGINI

Sesekali kita dihimpit kesukaran dan kita jadi celaru mentafsir, walhal semuanya kehendak-Nya. Maka, kita harus menjadikan setiap apa yang terpapar sebagai satu takdir mutlak. Memang kita perlu berusaha dan berdoa, namun, kepastian tidak mampu kita ubah kecuali dengan keizinan-Nya. Insya Allah, setiap baik akan menjadi baik juga, dan begitulah sebaliknya.
Sempena kehadrian Ramadan yang penuh berkat dan rahmat ini, marilah kita sama-sama menjadikannya Ramadan ini sebagai perintis nilai yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam kehidupan kita selamanya. Dan, marilah kita berdoa, agar kita sama-sama dirahmati-Nya.
Buat teman-teman,
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK

Isnin, 17 Ogos 2009

RAMADAN

Kehadiran yang dinanti-nanti bagi mereka yang memahaminya. Kerahmatan yang amat besar. Kesucian yang amat tinggi. Kenikmatan yang maha segalanya. Tentu, akan berdepanlah kita dengan segala cabaran luar dan dalam tentang makna diri, sebagai hamba dengan Nya.
Kemenangan bukan tertakluk kepada kejayaan berpuasa semata-mata tetapi meletakkan nilai puasa sebagai kehidupan yang mutlak, hidup yang jelas terhadap pengertian kita dan Dia serta hidup yang termaktub sebagai "hubungan kepada-Nya dan hubungan sesama manusia"
Insya Allah, niatlah menentukan segalanya...

Ahad, 16 Ogos 2009

BOLA, BOLA, BOLA...

Masih terasa penat sekembalinya dari Arau, Perlis. Bermian bola sepak dalam usia yang kian senja, terasa amat desak yang tegang. Melihat dengan beraksi jauh sekali bezanya. Walhal, dahulu semuanya dapat dikecapi dan diaksikan dengan penuh dedikasi. Tapi sekarang, jelas sekali bibit ketuaan itu mengamit keletihan yang tidak mampu dihalang.
Apapun, pasukan DBP di Arau, hanya sempat melalui pusingan pertama, dan menerima kekalahan dengan reda. Bukan kerana tidak mampu bersaing tetapi pasukan orang lebih baik berbanding dengan pasukan DBP. Hakikat itu wajar diterima. Dan kini, EPL sudah mula mengisi saluran sukan Astro, dan Ramadan juga akan kunjung tiba dengan penuh rahmat daripada-Nya, maka kini terpulang kepada diri kita untuk memilih yang terbaik dan BENAR.

Selasa, 11 Ogos 2009

PENAWAR SELSEMA BABI?

Semalam menerima emel seorang teman tentang penawar Selsema Babi. Syukur, itu salah satu usaha yang wajar, selain berdoa, perlu juga dipertingkatkan usaha. Memang, dalam beberapa hari, minggu dan bulan ini, isu tentang penyakit yang sukar dijangkakan ini menjadi satu fenomena yang tidak terdaya untuk diperkatakan sebegitu sahaja.
Maka, dalam suasana yang sebegini, wajar kita merenung kembali, mengapa ia terjadi sedemikian rupa? Benar, kita boleh memberi seribu alasan dan kenyataan, tetapi pernahkah kita menilai kembali kenapa?
Marilah bersama-sama kita membuat muhasabah diri, apatah lagi dengan kehadiran bulan Ramadan Al-Mubarak, dengan mengisi makna kehadirannya kerana-Nya

*Petua seorang teman, rendamkan kurma bersama-sama air kelapa, kemudian minum air dan makan buah kurma tersebut...insya Allah, dengan izin-Nya...*

Isnin, 10 Ogos 2009

SEMAKIN TENAT?

Rupanya semakin tenat. Seakan tidak ada jalan keluar. Mahu tidak mahu terpaksa berdepan dengan keadaan. Tidak ada daya yang lain. Kecuali menadah tangan memohon kepada-Nya bahawa inilah natijah kelalaian kita. Mungkin inilah tanda untuk kita memahami betapa dunia kini tidak lagi larat menanggung "nilai makna" manusia yang semakin jauh terpesong dalam mensyukuri nikmat-Nya.
Dan, dalam suasana ini, barangkali kita sudah mula insaf bahawa tiada apa pun yang lebih penting selian daripada kesihatan untuk menjamin niali makna kita sebagai hamba-Nya.
Marilah bersama-sama kita berdoa, agar dijauhkan malapetaka ini dan menginsafi bahawa kehidupan ini hanya pinjaman semata-mata.
A-Fatihah.

Ahad, 9 Ogos 2009

SELSEMA BURUNG DAN SELSEMA BABI

Barangkali kepelikan yang berlaku wajar kita renungi bersama. Tentang kenapa? Mungkin masih segar dalam ingatan kita, sewaktu petaka selsema burung, maka dititah bunuhlah segala burung dan ayam demi untuk kesejahteraan rakyat.
Namun, semenjak selsema babi menular sedikit demi sedikit sehingga menjadi wabak petaka terbesar abad ini, "jiwa-jiwa" babi terselamat untuk "dihapuskan". Bahkan sejak awal-awal lagi dimaklumkan bahawa selsema babi tiada kena mengena dengan babi. Ye ke? Maka, kenapa diberi namanya?
Penyakit ini akan terus tersebar dengan wujudnya "babi" yang jelas termaktub HARAM dalam Al-Quran, dan yang lebih membimbangkan MALAYSIA antara negara yang PALING BANYAK memeliharanya.
Kadang2 kesian melihat kelemahan kita tidak kena pada tempatnya. Nauzubillah...

Khamis, 6 Ogos 2009

KEMBALI BERMAIN BOLA SEPAK

Walaupun EPL belum lagi bermula, entah bagaimana minat untuk bermain bola kembali meresap dalam diri. Setelah hampir seminggu berlatih (itupun kerana persiapan kejohanan bola sepak badan-badan berkanun) terasa amat kekurangan diri. Selain faktor usia, tampak jelas fokus serta kreatif dalam permainan ini semakin menipis.
Mungkin jurang teknikal permainan tidaklah begitu jauh tertinggal tetapi, proses mengawal dan membuka peluang dalam bentuk permainan yang wajar teramat berbeza dengan waktu muda-muda dahulu.
Walaupun demikian, bekalan semangat begitu kental untuk membuktikan bahawa skil dan kudrat itu masih boleh dikerah walaupun peratusan yang dicurahkan tidak mencapai prestasi sewaktu 20-an dahulu. Barangkali, inilah tanda bahawa kudrat dan minat ada dalam tubuh yang sama tetapi berjauhan dalam kehendak kehidupan...

Selasa, 4 Ogos 2009

SEMINAR ANTARABANGSA LEGASI PEMIKIRAN SYED HUSSEIN ALATAS

Sedang berlangsung seminar antarabangsa legasi pemikiran Syed Hussein Alatas di Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP. Semalam kertas utama dibentangkan oleh Profesor Emeritus Dr. Clive S. Kessler dari Austalia dengan judul Satu Penghormatan Ilmiah Kepada Allahyarham Profesor Dr. Syed Hussein Alatas.
Menarik, tetapi sedikit keliru. Kenapa perlu Clive S. Kessler? Bukan orang lain? Entah.
Kemudian skop rasuah dan integriti dibentangkan oleh Profesor Dato' Dr. Abdul Rahman Embong dan Dr. Mohd. Nizam Sahad.
Pun juga menarik, tetapi masih banyak ruang yang terlopong oleh penyataan fakta atau andaian, maka tercetus osal jawap, pun juga amat menarik, tetapi berkisar dalam lingkungan "sudah terjadi baharu nak bertindak"
Barangkali wajar kita renung kata-kata Dr. Syed Hussein Alatas tentang rasuah...
"...bahawa rasuah mempunyai autonominya sendiri. Struktur ekonomi, politik mahupun sosial, apa jenisnya semua dapat dijangkiti oleh rasuah..."

Isnin, 3 Ogos 2009

YANG DIKEJAR DAN YANG DIBAWA

Sudah kita dengar bermacam-macam misi dan visi negara digembar gemburkan. Dengan WAWASAN 2020 ke Cemerlang, Gemilang dan Terbilang hingga ke Satu Malaysia, seakan tidak ada titik yang benar-benar memberi tanda itu termaktub sebagai aras yang wajar. Peralihan berlaku bukan sahaja membuka ruang persendaan tetapi juga membawa satu nilai yang tidak upaya menganjak selain hanya dorongan kepolitikan.
Keterbukaan yang kini terserlah, mula memakan diri sedikit demi sedikit. Antara yang banyak dan sedikit, jelas memihak kepada siapa. Namun, seakan dialpakan dengan janji, telah banyak kali kita mengiyakan secara mutlak dan akhirnya, kita terima apa yang telah kita restui.
Entah apa yang dikejar dan apa pula yang kita bawa...

Ahad, 2 Ogos 2009

KINI MELAYU BENAR-BENAR SUDAH LUPA

Apa yang berlaku pada Sabtu lalu benar-benar memalukan "Melayu" yang selama ini mengakui Malaysia ini sebuah negaranya. Entah apa yang tersirat dalam niat yang sebenar hanya DIA sahaja yang mengetahui. Tetapi, sebagai manusia yang waras, apa yang berlaku adalah kerana desakan nafsu yang amarah, angkuh, sombong dan bongkak.
Apa yang lagi pelik, "Melayu" juga yang menjadi punca dan mangsanya juga orang "Melayu" sama ada mereka peniaga, pembeli dan awam. Persoalannya, mengapa tiada bangsa lain yang terlibat? Disinilah kependekkan akal orang "Melayu" yang mengikut rasa, walhal telah turun temurun pepatah pujangga mengatakan "ikut hati mati, ikut rasa binasa".
Benarlah, orang "Melayu" makin lupa diri, kerana dalam kesibukkan mereka mencetuskan kacau bilau, "orang lain" merancang strategi, lantaran itu kekalutan ini tidak ada hentinya. Kesian, "orang Melayu" masih tidak mahu belajar memahami tentang nasib dirinya...
Melayu semakin LAYU...

Rabu, 29 Julai 2009

SEMINAR KEKUASAAN?

Menghadiri seminar di Penang, tentang "kuasa" dalam sastera sejarah Melayu, banyak memberi input yang amat amat berguna dalam mencari pengertian tentang diri Melayu. Sebenarnya, dalam pengertian sisi yang lain, Melayu terlalu banyak berkorban dan memberi. Sehingga Melayu telah tergadai dalam makna diri Melayu nya.
Melayu seakan tertipu atau terperangkap dalam setiap perjanjian yang telah dilalui oleh sejarahnya. Melayu secara tidak langsung telah melakukan banyak jejak dan langkah yang silap dalam membina negara bangsanya.
Kini, Melayu mencari dirinya dalam pengertian "Me"layu"...

Selasa, 28 Julai 2009

TERTINGGAL?

Selama lebih 2 minggu tidak menatap blog, agak tertinggal perkembangan semasa tentang isu-isu dalam pemblogkan. 5 hari di PD dan 4 hari di Penang. Perjalanan itu, berkesempatan bertemu, rakan dan teman. Agak menarik, kerana isu yang diperkatakan banyak memberi input yang wajar diperbincangkan.
Insya Allah, akan dibicarakan dalam ruang ini sedikit waktu, setelah selesai tugas rasmi yang sekian tertangguh oleh tugas rasmi diluar.

Khamis, 16 Julai 2009

ANTARA MICHAEL JACKSON DAN MARWA AL-SHARBINI


Sedih. Miris. Itulah yang saya rasakan ketika melihat tayangan pemakaman the King of Pop, Michael Jackson yang begitu gegap gempita di televisi-televisi kita sepanjang hari kemarin. Beberapa stasiun tv bahkan bela-belain menayangkan tayangan eksklusif langsung dari AS acara penghormatan terakhir bagi si Raja Musik Pop sampai pagi ! Dan entah berapa juta mata masyarakat Indonesia yang rela menahan kantuk demi menyaksikan acara itu. Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung pemakaman seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, wafat akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di televisi-televisi Indonesia, negara yang mayoritas penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa. Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa ke tempat peristirahatannya yang terakhir, memang tidak sebanyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski untuk itu ia kehilangan nyawanya. Marwa ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas kasusnya. Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan kaparat keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.
Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeda jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia. Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita kemarin cuma dijejali dengan pemberitaan seputar pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangis kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa … karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …

Rabu, 15 Julai 2009

PERMAINAN RASA ATAU RASA PERMAINAN

Apa sahaja keputusannya, yang jelas pilihan itu sudah ada. Sama ada secara amnya atau khususnya, kedua-dua tidak lagi menjadi soal. Yang pasti keputusan itu sudah ada. Yang penting semuanya sudah faham dan harus menerima seadanya.
Walaupun banyak perkara dapat diperkatakan namun ianya hanya jadi satu komentar atas angin. Yang hanya jadi ulasan kedai kopi. Atau menjadi siri perbualan kosong yang tidak mampu menjadi bukti atau fakta perbincangan.
Justeru, tidak timbul siapa mempermainkan siapa kerana yang menang juga merasakannya, apatah lagi yang kalah. Apa yang penting, perpecahan semakin serius kerana permainan rasa atau rasa yang dipermainkan...

Selasa, 14 Julai 2009

SIAPA MENGATA SIAPA?

Pelik benar, apabila telah begitu lancar perjalanan ke depan, masih juga dipersoalkan tentang kejujurannya. Apakah begitu bodoh untuk menilaikannya? Itulah rupa dan wajah seorang yang munafik yang bercakap tentang kemuliaan tetapi penuh dengan penipuan.
Apakah selama ini usaha memajukan sesuatu perkara dianggap kegagalan lantaran adanya cabaran dan hambatan? Kalau begitu, memang amat ceteklah pemikiran orang sedemikian rupa. Nampak amat terlalu rendah aras penilaian yang ada pada dirinya dan tidak sesuai sekali untuk memimpin dirinya, apatah lagi orang lain.
apa yang sering didengari kini adalah adu domba yang tidak sudah-sudah, seakan payah amat untuk melakukannya, walhal sebelum itu amanah dan tanggungjawab itu telah sekian lama ditangani dengan penuh rasa serta mahu berusaha. Jelas, kalau tiada kesanggupan untuk memegang amanah dan tanggungjawab, mengapa perlu menerimanya?

Isnin, 13 Julai 2009

APABILA ADA DALAM TIADA

Begini sajalah, kalau ada usahakanlah. Mana-mana pun serupa. Asalkan ada. Kalau tidak ada, cuba bayangkan yang ada. Dan penuhinya dengan segalanya. Walaupun nanti, yang tiada akan menjelma jadi ada, tapi itu semuanya memerlukan pengorbanan yang lain.
Korbankanlah seadanya. Biarpun tergadai harga diri. Biarpun terlepas hak warisan. Biarpun lenyap keperibadian, yang penting adakan yang tiada. Taburkan segalanya bagai rumput hijau di gurun nan yang kering, lihatlah andai mampu subur, sekiranya usaha menyuburkan kegersangan itu tidak dilakukan.
Barangkali, kita wajar beringat, bahawa sekali kita menapak di dasar yang rapuh, maka akan selamanya kita tersungkur tersandung malu. Inilah nasib bangsaku yang masih buta melihat warna hidup...

Ahad, 12 Julai 2009

MASIH MENCARI YANG MANA HUJUNG YANG MANA PANGKAL?

Selepas melihat rancangan ISU TV1, tentang isu PPSMI, jelas amat masyarakat masih mencari yang mana hujung yang mana pangkal dalam hal ini. Pelik, lucu dan aneh. Peliknya, masyarakat masih terlalu ramai yang tidak memahami tentang konsep. Lucunya, ada masyarakat yang mendabik dada menyatakan bahawa ini satu malapetaka apabila PPSMI dimansuhkan. Dan lagi aneh, undian SMS (melalui rancangan itu) memberikan 68% menyatakan akan merosot penguasaan BI setelah PPSMI dimansuh.
Inilah natijahnya apabila masyarakat tidak memahami antara konsep dan konteks. Jangan dikatakan BI merosot, setelah 50 lebih tahun merdeka, BM pun masih terlalu amat dipinggirkan dan dikesampingkan. Apakah perkara pokoknya? Mudah sahaja, kalau bahasa sendiri pun tidka mahir, inikan pula nak belajar bahasa orang lain? Tambah-tambah lagi untuk belajar ilmu sesuatu bidang.
Mungkin inilah akibatnya apabila sesuatu dasar yang menimbulkan kecelaruan dan kekalutan dalam pemikiran masyarakat, yang akhirnya menjadikan masyarakat tampil dengan idea dan fikiran yang keliru dan menakutkan. Barangkali, sudah sampai masanya, mereka yang bertanggungjawab, kembali melakukan muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan dan apa yang hendak dilakukan. Kalau tidak, kita akan terus menerus mencari yang mana hujung dan yang mana pangkal dalam hal ini...

Khamis, 9 Julai 2009

APA MAKNA HIDUP TANPA SEJARAH?

Kehidupan sesuatu yang terjadi secara langsung dalam diri manusia. Setiap apa yang berlaku padanya tercatat sebagai satu sejarah. Walaupun ada ketika sejarah di manupulasi, namun hakikat yang realiti tidak mampu dibohongi. Mungkin sekian lama, andainya setiap peristiwa berlalu tanpa makna sejarah maka, kehidupan itu menjadi kosong dan tidak memberi erti.
Begitu juga dengan halnya, apabila sejarah tercipta, terpulang kepada diri sendiri bagi menentukan catatan itu sesuatu yang baik untuk dikenang atau sesuatu yang tidak baik untuk dinilai. Apatah lagi andainya, keegoan merantai diri dalam menetukan arah tuju kehidupan, maka terserlahlah catatan sejarahnya dengan sesuatu yang memualkan.
Lantaran itu, Al-Quran sendiri penuh dengan peristiwa sejarah untuk kita memahami makna kehidupan ini...

Rabu, 8 Julai 2009

KENAPA 2012?

Apabila sesuatu perkara mendambakan kehendak yang berbeza, banyak hal yang sukar dimengertikan. Tetapi dalam hal PPSMI, banyak hal yang tersurat secara nyata tentang prinsip dan pemahaman fenomenannya. Jurang memahami keperluan dengan kepentingan sering dikelirukan oleh mereka yang alang-alang keilmuannya.
Masih terdengar suara masyarakat yang kurang memahami isu ini. Sehingga ada yang merasakan satu kerugian apabila PPSMI dimansuhkan. Suara-suara sumbang ini sebenarnya dipengaruhi persekitaran yang walang, keliru dan kacau oleh pemesatan pemikiran dalam ruang yang sempit. Walhal, dunia ilmu mementingkan keilmuan yang wajar difahami dan ditekuni, bukan difasihkan tetapi kelu dalam pelestariannya.
Namun, persoalan masih sukar terbongkar, kerana hal yang sengaja dikalutkan iaitu mengapa harus 2012, dan bukan 2010? Tentu sahaja banyak alasan dan pendapat yang dilontarkan tetapi sewaktu pelaksanaannya tidak pula ada alasannya. Apakah ini pancingan terhadap rasa rakyat yang akan menjalankan tanggungjawabnya pada PRU 13?
Terpulanglah...

Selasa, 7 Julai 2009

PPSMI DIMANSUH


Sumber yang boleh dipercaya...PPSMI akan dimansuh...

PPSMI; ANTARA HUJUNG DAN PANGKAL?

Teringat cerita Nujum Pak Belalang, persoalan tentang antara hujung dan pangkal sebatang kayu. Ada logik dan rasionalnya. Benarkan BM tidak mampu menerjah keilmuan? BI sahajakah yang mampu menjadi wahana keilmuan? Apakah konsep negera Malaysia, cuma sebagai negara yang mengikut perkembangan ilmu atau menjadi sebuah negara pencipta ilmu?
Perkara pokok atau asas, kalau tidak diteliti atau difahami, maka menimbulkan kekalutan yang maha hebat. Inilah terjadi kepada negaraku yang tercinta ini. Bayangkan setelah sekian lama BM bertindak menjadi wahana keilmuan kepada rakyat Malaysia hingga muncul cerdik pandai dan juga turut menzahirkan angkasawan, namun pencarian antara yang mana hujung yang mana pangkal masih menjadi titik yang tiada noktahnya.
Kesiankan, kalau batang kayu bolehlah diselesaikan dalam bekas air untuk mendapat jawapan yang mana pangkal yang mana hujung, tetapi soal maruah diri dan pusaka bangsa, tentu sahaja memerlukan lautan akal untuk memahaminya!

Isnin, 6 Julai 2009

CELARU ATAU KELIRU?

Fenomena yang berlaku di Malaysia sebenarnya banyak mengundang persoalan yang wajar difikirkan. Namun, hanya segelintir sahaja masyarakat di Malaysia mahu mempersoalkannya. Golongan ini pun, terdorong kerana latar pendidikan dan pengalamannya melihat suatu keadaan atau suasana yang mewajarkannya diteliti.
Walaupun demikian, lebih ramai yang membiarkan sahaja fenomena celaru dan keliru terjadi, kerana bagi mereka itu bukan masalah mereka tetapi suatu permainan kehidupan. Tetapi mereka tidak sedar bahawa hal-hal yang sedemikian telah menjadi pola pembudayaan dalam diri mereka sehingga mereka tersesat dalam pentafsiran celaru atau keliru.
Kini terpulanglah kepada diri masing-masing untuk merungkaikan apakah kecelaruan dan apa pula kekeliruan yang wajar dan harus didepani dengan akal budi...

Ahad, 5 Julai 2009

"SEMADI NADAI"

Memamng pun kita menginginkan sesuatu perlu ada usahanya. Untuk merealisasikan usaha itu juga perlu ada kaedah atau caranya. Tetapi bukan sewenangnya menukar dan merubah yang sedia ada. Prinsipnya mudah sahaja, iaitu yang baik kita teruskan, yang kurang baik kita perbaiki.
Itu lumrah dalam usaha mencapai apa yang diinginkan. Namun, dalam keadaan dan suasana yang sukar dijangkakan, semua itu lenyap dalam sekelip mata. Kita bermula dengan titik awal semula. Seakan apa yang telah diusahakan selama ini terpadam begitu sahaja. Betullah kata nenek, orang kita senang berkata tapi terlalu payah bertindak.
Inilah yang dikatakan "Semadi Nadai" dalam konsep budaya Iban, antara mahu dan tidak mahu, akhirnya...

Khamis, 2 Julai 2009

MALAYSIA YANG SATU

Agak lama aku fikirkan, kenapa ya soal Satu Malaysia dirumitkan. Walhal, sudah lima puluh tahun lebih kita merdeka dan hidup dalam suasana Satu Malaysia. Setahu aku, yang memeritkan makna nilai itu adalah dasar politik yang terlalu mementingkan kekuasaan tanpa melihat kesepaduan. Akhirnya tunas-tunas keretakkan pun terjadi. Apa yang jelas, politik salah dimengertikan dalam usaha membangunkan kemasyarakatan, khususnya negara seperti Malaysia yang dicirikan dengan pelbagai bangsa dan budaya.
Kalau diteliti dengan melihat sejarah, Bahasa Melayu sebagai bahasa pemersatu cukup dan amat berjaya menjadikan Malaysia sebagai Satu Wajah tetapi kerana kerakusan politik yang tidak memahami suasana, maka Bahasa Melayu di "dang dong" kan, dan akhirnya kita merasai betapa retak menanti kecai mula meresapi pemikiran dan pandangan hidup masyarakat Malaysia.
Benar kata nenekku, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali...

Rabu, 1 Julai 2009

APABILA CERITA MENJADI CERITA

Terlalu payah untuk meletakkan ketelusan sebagai prinsip keperluan. Hak individu bukan sebagai hak mutlak, kerana kehidupan tidak pernah terbina hanya berpandukan aspek keindividuan tetapi berkumpulan. Namun, banyak hal, aspek individu sering dipersoalkan keupayaannya. Memang pun, mana mungkin, semuanya wajar dan harus ditangani seorang diri. Maka, begitulah halnya cerita menjadi cerita kerana sekumpulan manusia yang sering dan amat selalu membinanya atas alasan berkumpulan.
Justeru, banyak perkara yang mudah menjadi susah. Yang benar menjadi salah. Yang lurus menjadi bengkok. Yang indah menjadi pelik. Yang biasa menjadi luarbiasa. Hal ini tentu menjadi kekhuatiran kerana jika tidak diperhalusi, maka soal hukum pun akan menjadi prinsip rasional, bukan lagi prinsip hukum hakam dalam kepercayaan. Dan kita sedang dalam kecelaruan antara mengenal yang haram dan halal atau memahami yang halal dan yang haram.
Nauzubillah!

Selasa, 30 Jun 2009

PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN

Pertemuan Ilmuwan dengan pihak Pengurusan DBP mencetuskan perbincangan tentang hala tuju Bahasa Melayu. Ada baiknya pertemuan sedemikian. Namun, andaikata pertemuan itu hanya menzahirkan perbincangan tanpa ada tindakan, maka samalah pertemuan itu seperti sembang kedai kopi. Apapun kita percaya pertemuan itu sedikit sebanyak memberi impak sama ada kepada pihak DBP mahupun Ilmuwan.
Perkara pokok tentang Bahasa Melayu, berpunca desakan politik yang sedikit kalut antara kehendak dengan kekuasaan, maka, banyak hal dikorbankan. Walhal, jelas undang-undang dan perlembagaan dicabuli sewenang-wenangnya atas nama politik. Paling jelas, perkara mengenai Bahasa Melayu, sepatutnya tidak timbul, kerana Bahasa Melayu terpelihara dalam perlembagaan 152. Lalu, apakah yang sebenarnya berlaku? Tentu ada yang kita tidak ketahui disebalik permainan orang tertentu terhadap kesejahteraan negaraku Malaysia ini...
Ayuh, kita sama-sama mengembalikan kedamaian, keamanan, kesejahteraan, perpaduan, kesatuan dan kepercayaan demi Malaysia...

Isnin, 29 Jun 2009

ISU KITA

Ada beberapa hal yang menarik berlaku di negara kita. Pertama kes penyeludupan manusia. Kedua tentang kakitangan awam dibebani hutang. Selain kes Manohara. Namun dalam hal-hal tertentu, soal "hutang" mungkin wajar dilihat dari sisi yang berbeza. Kenapa berhutang? Itu persoalan pokok. Berdasarkan kenyataan Presiden Kesatuan Sekerja, keadaan hidup di bandar yang menjadikan kos hidup terlalu tinggi menyebabkan orang terpaksa berhutang. Itu mungkin benar, kalau dilihat dalam situasi di KL. Tetapi suasana dan keadaan negara juga mendorong ke arah orang untuk berhutang, antaranya kenaikan harga barang yang amat amat amat tinggi dan mendesak.
Lantas, apakah peranan kerajaan bagi mengimbangi tuntutan kehidupan kakitangannya? Kita lihat pendekatan dan kaedah menanganinya, pelik tapi benar, iaitu naik gaji, naik harga barang, lalu apa penyelesaiannya? Pelik kan?

Ahad, 28 Jun 2009

ANTARA BRAZIL DAN USA...SEPANYOL?

Apabila ada kejutan pasti ada sahaja andaian. Sesuatu yang dijangka tidak semestinya menjadi realiti. Nasib adalah cadang dalam pengandaian yang ditanggapi tetapi kenyataan akan menjadi satu persoalan yang cukup utuh untuk dirungkaikan.
Begitu halnya dengan apa yang berlaku dalam pertandingan bola sepak di Afrika Selatan yang memungkinkan satu andaian tidak semestinya menjadi satu realiti.
Yang penting, usaha dan keyakinan diri, pasti merubah segalanya.

Khamis, 25 Jun 2009

BULAN REJAB

Sudah dua hari berlalu dalam bulan Rejab 1430. Dan kita dalam jejak mendepani Syaaban dan Ramadan. Bulan-bulan yang penuh nikmat, berkat dan rahmat. Khusus untuk umat Islam. Bahkan, bulan-bulan ini menjadi medan untuk menyelesaikan hutang-hutang lama serta mempergiatkan amal ibadah bagi mengimbangi apa yang telah dilakukan pada bulan-bulan yang lain.
Sesungguhnya, amat rugilah sesiapa tidak memanfaatkannya dengan rasa syukur, sedar dan insaf.

Rabu, 24 Jun 2009

HARI BAPA

Hanya airmata dapat menyatakan tentang betapa syukurnya menjadi ayah kepada anak-anakku. Dalam diam, mereka begitu menyayangi aku. Dengan penuh rasa kecintaan.
Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk terus berbakti sebagai hamba-Mu dan menjadi seorang ayah yang mampu melaksanakan tanggungjawab-Ku.
Ya Allah, ampunkan dosaku, kedua ibubapaku, isteriku dan anak-anakku, panjangkan umur dan murahkan rezeki kami dengan rahmat-Mu.
Amin.

PADA SEBUAH WAJAH

Terlalu sukar kita mentafsirkan apa yang ada pada sebuah wajah. Barangkali, terlalu mudah dijangka namun terlalu sukar pula dipastikan. Apatah lagi bayang senyum kadang-kadang menerbitkan persoalan yang lebih mengelirukan. Apa yang pasti penilaian dan pentafsiran bukan terletak hanya pada riak wajah namun nilai yang tulus dan suci melalui kefahaman bersama.

Selasa, 23 Jun 2009

TERUSKAN PERJUANGAN INI!


APA LAGI PAK MAHATHIR?

Sampai bila kita sedar? Tak kan disebabkan nilai penemuan kononnya tiada dalam bahasa kita maka ilmu itu tidak boleh diperkatakan? Mengapa cetek benar cara berfikir. Semudah itu kah? Walhal, banyak benda atau perkara tentang ilmu ini muncul dalam dunia kita juga, tetapi maish mampu diterokai oleh orang luar. Apakah kerana SATU ilmu, kita harus mengadaikan SEJUTA ilmu lain?
Sedarlah pak...

Isnin, 22 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN

Keinginan seirngkali membatasi kemahuan. Namun, bukan semua melalui perhitungan yang mudah. Ada cabaran dan halangan yang kadang-kadang sukar difahami. Cabaran untuk memahami lebih mengelisahkan berbanding belajar memahami. Walaupun demikian, cabaran yang direstui dengan akal budi pasti mencetuskan satu nilai yang dapat dimanfaatkan.
Begitu juga halnya dengan halangan yang pasti mendatang. Sama ada kita rela atau tidak, halangan akan menjelmakan penilaian tentang kesempurnaan. Bukan mudah untuk memberi erti terhadap kesan dan impak yang dihadapi, andai kata dalam diri sudah tercipta tanggapan dan persepsi yang negatif. Secara mudahnya, bagaimana kita berfikir begitulah cara kita bertindak...

Ahad, 21 Jun 2009

CERITA DUNIA

Dalam kalut yang sering melanda fenomena dunia ini, banyak hal terlalu sukar untuk diertikan. Bukan kerana, kemelutnya tetapi perbezaan yang dikelirukan. Walaupun jelas yang dilakukan itu tidak benar, namun kerana kuasa yang ada, hal itu menjadi sesuatu yang betul dan benar. Ini berbeza dengan realiti serta kanun yang sedia ada. Apakah, corak kesesatan ini memang menjadi satu kepastian serta kehendak dunia? Andai benar, jelas, dunia sudah di penghujung perjalanannya...

Rabu, 17 Jun 2009

SEKADAR CATATAN

Aku akan ke Kelantan hari ini. Menumpang kenderaan seorang teman. Kebetulan ada program Bicara Karya di sana. Teruja juga. Barangkali dapat manfaat perkongsian ilmu dengan penulis di Kelantan. Pemergiaan sehingga hari Ahad itu, memungkinkan pengalaman bersama-sama penulis di sini sesuatu yang sukar untuk diterjemahkan dengan keterujaan itu.
Apapun, perjalanan itu nanti, pasti memberi satu ingatan yang cukup manis buat diri dalam meneroka alam Tuhan ini.

PAS PULAK KECOH?

Benarlah, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Dalam apa-apa perkara pun, kita hanya mampu merancang dan mengatur strategi. Yang menjadikannya realiti adalah dengan keizinan dan kebenaran-Nya jua. Apatah lagi dunia material sekarang banyak kali menidakkan sola kebenaran dan ketulusan, maka pelbagai masalah ditimbulkan.
Walhal, kalau difikirkan, kehidupan ini hanya seketika untuk kita mengisinya. Tetapi banyak kali kita seakan dijanjikan kehidupan ini abadi tanpa mati. lalu kita melanggar banyak etika kehidupan sebagai insan dan hamba kepada-Nya.
Kini, sedikit demi sedikit, kesan duniawi mula merubah pendirian dan harga diri. Itulah manusia, andaikata memilih jalan yang jauh dengan melalui jalan singkat, maka kecoh jadinya!

Selasa, 16 Jun 2009

SEMBANG KOSONG?

Arahan terbaru kerajaan kepada kakitangan kerajaan agar tidak menyalahgunakan rangkaian maya, kerana dikhuatiri mengganggu tumpuan kerja. Kenapa ya?
Dalam kepesatan dunia maklumat, komputer dan internet sudah menjadi keperluan bagi semua peringkat. Bahkan kerja rumah peringkat kanak-kanak sekolah pun menuntut adanya rujukan bersumberkan internet. Jadi kenapa ya?
Sememangnya banyak hal kita sering mundur kebelakang atas dorongan dan desakan yang hanya "ketakutan pada bayang-bayang".
Apa yang penting, kaedah dan pendekatan yang rasional bukan menyalahkan tetapi meneliti bagaimana untuk memanfaatkan kaedah dan pendekatan itu dengan telus, tulus, benar dan ikhlas.

Isnin, 15 Jun 2009

TAHNIAH AJK BAHARU PEKASA

Syabas dan tahniah buat AJK PEKASA sesi 2009-2011. Semoga terus bergiat aktif dalam usaha menyuburkan martabat sastera di Bumi Kenyalang. Sesungguhnya, perjuangan tiada titik noktah, kerana perjuangan yang suci adalah impian abadi untuk di bawa ke muka keadilan nanti.
Teruskan perjuangan anda...

Ahad, 14 Jun 2009

BAHASA INGGERIS WAJIB?

Belum selesai satu hal, timbul lagi satu masalah. Bagaikan tiada cara untuk melunakkan pemikiran maka tercetus satu persoalan yang sememangnya sudah ada jawapan tetapi sengaja dikemukakan. Seakan tiada arah yang lebih molek untuk memikirkan perkara yang lebih jauh dan matang.
Apakah itu sahaja kaedah untuk melihat pembangunan dan perkembangan semasa? Memang diakui kepentingan BI itu sebagai jaringan komunikasi dunia, namun, tidak kah menjadi satu keganjilan apabila kekuatan diri disembunyikan kerana takut kelemahan orang lain? Kita sudah menjadi bangsa yang cukup kuat berdepan dengan cabaran ini, maka tidak perlu kita takut bayang2 sendiri.
Kita telah buktikan siapa kita lebih 50 tahun, dan berjaya tanpa mengaku bahawa BI menjadi nadinya. Apa yang penting semangat dan rasa kesedaran itu sebagai rakyat Malaysia...

Selasa, 9 Jun 2009

SEMINAR BM & MASYARAKAT CINA

Telah berlangsung kegiatan berkenaan pada 8 Jun 2009 di Balai Syed Nasir, DBP. Satu kegiatan yang dianggap sebagai perintis ke arah 1Malaysia. Tahniah dan syabas buat penganjur. Namun, sesuatu yang dilakukan pasti akan membawa impak yang berlainan. Yang jelas, medan itu ,emjadi ruang untuk mereka yang TIDAK PUAS hati meluahkan apa sahaja tanpa usul periksa. Dan juga menuntut sesuatu yang cukup luar biasa. Akhirnya, yang diharap menjadi tekanan, bak kata pepatah baru, angin bertiup menghala ke utara bukan bermakna di selantan tiada dinginnya...

Khamis, 4 Jun 2009

PERSAHABATAN

Sukar untuk mencari sahabat yang mampu berada dalam apa jua situasi kita. Kalau ada, itulah sahabat yang menjadi permata dalam timbunan pasir kehidupan kita. Kerana sahabat yang sejati lebih mengerti tentang makna keberadaan persahabatan itu.
Namun, kawan amat mudah kita temui, begitu juga rakan, agak ketara berada bersama kita. Tetapi, seorang sahabat amat payah kita temui. Kecuali teman hidup, yang telah memintal janji!

Rabu, 3 Jun 2009

KEPERKASAAN

Kemenangan bukan ditentukan semata-mata melalui keperkasaan. Ada unsur lain yang turut menyumbang. Paling penting, pemikiran yang akan menjana kaedah atau strategi "keperkasaan" itu.
Kekuatan dalaman memberi satu dorongan yang kemudiannya menampakkan hasil melalui kekuatan luaran. Namun, gabungan kedua-dua unsur ini pasti akan menghasilkan nilai keperkasaan yang jitu, utuh dan teguh.
Yang pasti keperkasaan mutlak pasti milik-Nya

Selasa, 2 Jun 2009

BENCI

Kemelut sosial hari ini, jelas berpunca daripada masalah dadah. Andai kata masalah dadah dapat diselesaikan, pasti 90% masalah sosial yang membabitkan rompak, ragut, rogol, bunuh dan sebagainya dapat dikurangkan angka masalah itu.
Namun, kegiatan dadah sama ada peringkat besar atau kecil menjadi pemangkin ke arah kemusnahan sosial dan seterusnya daya upaya kegenerasian untuk berdepan kehidupan yang cukup kompleks dan mencabar ini.
Maka, sama-sama kita membasmi angkara DADAH!

Isnin, 1 Jun 2009

SI MATA BARU

Kebiruan adalah warna keceriaan yang sering menjadi pilihan. Seakan pentafsiran biru itu benar-benar memberi asas kehendak tafsiran itu.
Walhal, terlalu umum, andainya biru memberi segalanya tentang keceriaan itu.
Namun, ada waktunya, kita terperangkap dalam renungan si mata biru.

Ahad, 31 Mei 2009

NIKMAT

Sesungguhnya, nikmat alam kalau dimanfaatkan, pasti memberi banyak kebaikan. Namun, masih ada yang memilih, untuk menyakiti diri sendiri dengan pelbagai suasana yang sedar atau tidak. Seperti merokok, penggunaan dadah dan sebagainya.
Walhal, pemakanan yang sihat, menjamin kesihatan yang cukup kesempurnaan, di samping dipenuhi doa-doa kepada-Nya.

Khamis, 28 Mei 2009

KEPADA-NYA

Apapun yang kita rencanakan, wajar jelas dengan tujuannya. Justeru, pertikaian diri, bukan hanya tergerak oleh emosi dan nafsu tetapi pemaknaan rasa yang tersadur pertimbangan pemikiran yang jitu.
Kepastiaan bukan hasil yang benar-benar terbit daripada kita tetapi ia wujud dengan keizinan-Nya. Maka, kita tidak wajar mempersoalkan tanpa membuat penilaian yang murni.
Sesungguhnya, hidupku, matiku dan ibadatku untuk-Nya.

Rabu, 27 Mei 2009

MERAH

Warna menjadi rasa dalam tafsiran. Namun, ianya terpulang kepada cara pentafsiran masing-masing. Sudah tentu pentafsiran itu berdasarkan pengalaman kehidupan yang ditunjangi pendidikan dan pemahaman.
Justeru, pengalaman begitu penting untuk membayangkan masa depan. Andai kata, pengalaman yang dikecapi penuh warna keceriaan, maka masa depan pasti terpapar dengan keceriaan yang maha indah. Begitu juga sebaliknya. Lantas, jadikan pengalaman itu satu kepastian yang cukup mendalam pengertiaannya untuk mencari kasih-Nya yang maha suci.

Selasa, 26 Mei 2009

PERHIMPUNAN PENULIS MUDA NASIONAL 2009

Sejarah membuktikan bahawa tidak semua orang akan terpesona dengan tawaran kuasa dan darjat. Pengertian perjuangan, bukan hanya memberi tafsiran luaran semata-mata tetapi lebih memerlukan pemaknaan sebenar nilai dalaman.
Maka, pertemuan Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 yang telah berlangsung pada 22-24 Mei 2009 memungkinkan perjuangan ini wajar dan harus dipergiatkan dengan memberi satu pemaknaan semula tentang prinsip dan harga diri.
SELAMAT BERJUANG

Isnin, 25 Mei 2009

LANUN, MENYAMUN BAHASA JIWA BANGSA

Sebenarnya, dalam Perhimpunan Penulis Muda Nasional yang lalu telah berlaku peristiwa yang amat amat amat menyedihkan, menyakitkan dan mengejutkan. Satu kenyataan yang terlontar oleh insan yang telah membuka makna dan nilai sebenar kononnya "perjuang orang melayu" yang kian nipis, lembik dan terpesong.
Bukan sedikit calarnya, bukan main perit dan bisa lukanya, apabila, pengharapan telah dimusnahkan olehnya. Ia bukan lagi kenyataan tetapi satu penyamunan yang maha kasar dan keras. Satu kehinaan yang cukup memalukan peradapan pengertian sebenar "perjuangan". Apakah, era ini, akan memunculkan LANUN yang akan menyamun segala harta dan khazanah dalam laman "BAHASA JIWA BANGSA" hanya kerana ketakutan dan kebaculan terhadap bayang-bayang sendiri atau mendombakan ketamakkan terhadap kekuasaan dan darjat?
Kini, rasanya, wajar kita mempersiapkan LAKSAMANA untuk menerjah dan menghapus LANUN yang buta dan pekak tentang perjuangan bangsanya dan maruah jati dirinya.
SELAMAT BERJUANG DENGAN TULUS IKHLAS...

PENULIS MUDA BERHIMPUN

Bermula pada 22 hingga 24 Mei 2009, di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka, karyawan muda berhimpun dalam majlis Perhimpunan Penulis Muda Nasional, anjuran PENA bersama kerajaan negeri Melaka dan DBP.
Sesungguhnya pertemuan itu memberi seribu satu kesan dan impak dalam membentuk nilai perjuangan serta cabaran penulis muda dalam menentukan arah tuju sastera kebangsaan.
Kalibat S.M Zakir, Nisah Haron, Shamsudin Othman, Salina Ibrahim, Saifulnizam, Rahimidin dan banyak lagi tokoh muda Malaysia, jelas mewarnai pertemuan itu.
Tahniah buat PENA dan ahlinya yang cukup berjaya membuka horizon baharu dalam pengertian penulis muda.

Rabu, 20 Mei 2009

KESAKSIAN

Perjalanan yang penuh saksi keabadian, acap kali tidak terjangkau akal. Bukan kerana tiada kesempatan untuk menilai tetapi kelekaan terlalu peka menjamah setiap perkiraan. Ruang yang terbentang dan persada yang terhampar hanya menjadi ilusi keindahan, bukan sesuatu yang memaknakan.
Apakah kesaksian yang jelas dan jitu itu, mengundang seribu persoalan tanpa jawapan?

Selasa, 19 Mei 2009

JERNIH

Sesungguhnya, kita amat mengimpikan sesuatu yang indah dan nyaman. Juga suci dan murni. Namun, kita sering menyerap rasa yang terlalu tergugah oleh emosi. Apatah lagi andainya, kita telah meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu yang sukar untuk kita sendiri mengerti. Pun begitu, kita melenyapkan nilai perhitungan yang lebih sejati. Maka, kita lebih mengutamakan harapan daripada ketakdiran yang sedia ada. Cuba kita renung kejernihan yang amat mengujakan...

Isnin, 18 Mei 2009

CERIA

Keceriaan melambangkan satu dorongan yang kuat dalam minda. Mencetus makna rasa yang cukup teguh mendepani apa-apa yang menduga. Namun keceriaan bukanlah sesuatu yang hanya diperagakan dengan senyuman, tetapi juga dirungkaikan dalam nilai wibawa harga diri.
Keceriaan bukan jaminan kebahagiaan tetapi penanda wahana kegirangan

Ahad, 17 Mei 2009

NEGERIKU SARAWAK

SARAWAK TAHAH AIRKU, NEGERIKU, TANAH AIRKU SARAWAK.
Negeriku Sarawak, unik dan makmur, pelbagai etnik masyarakatnya, tetapi tidak pernah mempersoalkan tentang penyatuan. Baginya, negeri ini satu di bawah payung Malaysia. Yang Cina berbahasa Melayu, yang Iban pun berbahasa Melayu, yang Bidayuh berbahasa Melayu, yang Melanau pun berbahasa Melayu. Sahabatku Poul, etnik Bisaya, berbahasa Melayu, Jaya Ramba, seorang Iban pun berbahasa Melayu, Jong Chian Lai, seorang Cina pun berbahasa Melayu, Saiee Driss amat fasih berbahasa Melayu. Jiso Rutan, seorang Bidayuh pun bijak berbahasa Melayu. Justeru tiada masalahnya berbahasa Melayu.
Sungguh, Sarawak negeriku, telah sekian lama mengamalkan konsep "Satu Sarawak" dalam suasana aman, damai, makmur dan sejahtera.
SARAWAK...

SATU MALAYSIA

Sejenak kita berfikir, sekelumit jua kita kehairanan. Apakah selama ini, kita tidak pernah bersatu? Atau selama ini juga kita tidak mengerti? Siapa yang merungkaikan pengertian SATU kita? Atau, sememangnya kita tidak dimengertikan dengan penyatuan itu?
Kini kita disogok kembali dengan suatu madah yang penuh retorik, tetapi tidak menjangkau makna falsafah pujangga selain hanya mainan kata di hujung rasa.
Jauhilah "madah berhelah" agar wajah negara tidak terpesong dalam bicara yang luka. Marilah kita ukir setia dengan kesantunan budaya bangsa yang benar dan tulus melalui satu bahasa iaitu "Bahasa Kita, Bahasa Melayu" agar berkibar semangat "BAHASA JIWA BANGSA". Malaysia ini jangan diulit noda yang penuh kesal melulu...