Rabu, 16 Disember 2009

APABILA CANANG BERBUNYI...

Apabila usul meluluskan belanjawan 2010 menjadi isu yang cukup merimaskan, amat jelas kepekaan dan rasa prihatin golongan yang sewajarnya faham dan mengerti tentang tanggungjawab serta amanah semakin menipis untuk membina harga dirinya. Kemelut buta yang sengaja mengundang banyak pentafsiran itu, membuka segala kecenderungan yang sememangnya telah alam ditradisikan dalam amalan kefahamannya.
Bukan mereka tidak tahu atau tidak ambil tahu tetapi rutin dalam diri yang sentiasa memandang mudah terhadap sesuatu hal memeta dengan cepat tetapi dalam hal menentukan yang benar mereka menjadi kelam dalam pengertian apa itu perjuangan dan pengurusan.
Mungkin, kita ini hanya hebat mencanang tetapi kurang bijak menjadikan irama itu sebagai alunan budaya jati diri kita. Mungkin kita semakin lupa asal usul pegangan kita dan mungkin kita sentiasa menaruh harapan dan meninggalkan kekuatan yang kita punya. Dan akhirnya, kita jadi pelupa segala-galanya...

2 ulasan:

  1. Sdra. Jaafar,
    Salam Tahun Baharu 1431 Hijrah.
    Pengajaran buat dua pihak dalam hal ini, satu pihak memandang mudah - satu pihak menunggu kelalaian pihak yang 'selesa masih berkuasa'...

    BalasPadam
  2. Salam sdr. Rusdi,

    SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431, semoga kita semua dalam kerahmatan-Nya. Begitulah, apabila lalai menjadi pilihan...

    BalasPadam