Isnin, 7 Disember 2009

BERCUTI

Hampir seminggu bercuti dan selama itulah blog ini tidak dikunjungi. Apatah lagi untuk bercerita tentang apa yang berlaku. Namun, dalam waktu sesingkat itu, terlalu banyak yang boleh diceritakan. cuma relevan atau tidak dengan hal-hal semasa untuk diperkatakan.
Bercuti di Melaka, bersama-sama keluarga, mengundang suasana rasa kekampung, setelah hampir setahun bergelumbang dengan gelora Kuala Lumpur. Benar, keselesaan bukan hanya terletak pada kenyamanan hidup tetapi juga keharmonian rasa yang lahir melalui cita rasa menilai kehidupan. Dan, akhirnya kita wajar memilih kehidupan yang membahagiakan, bukan kehidupan yang menyeronokkan.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum, Tuan Farmilla.
    Benar itu, sesungguhnya kebahagiaan hati itu lebih bererti walupun kadangkala sukar untuk dicari. Apabila mendaptnya, hargai dan syukurilah.

    BalasPadam
  2. Sdra. Jaafar,
    Bercuti lama juga kadang-kadang membuatkan momentum kerja menurun, benarkah begitu? kerana diri ini kadang-kadang 'semacam hilang momentum' pabila cuti lebih 3 hari...

    BalasPadam
  3. Salam saudari Wardah,

    Sesungguhnya amat benar, kebahagiaan yang dikecapi kadang2 kita tidak mahu melepaskannya. Tetapi kita mampu menikmatinya dan kita harus bersedia dengan segala kemungkinannya.

    Saudara Rusdi,

    Sebenarnya cuti itu lebih memenatkan kerana mengurus tuntutan keluarga, namun nikmatnya lebih bermakna kerana mereka sentiasa bersama dalam waktu yang kita lalui, turun naik prestasi itu biasa, asal saja mahu sentiasa memperbaikinya. Saya rasa kita punya kemahuan untuk sentiasa bersemangat ke depan...

    BalasPadam