Rabu, 30 Disember 2009

TAHUN BARU

Kini hampir tahun baru. Dekat amat. Dan yang pasti tidak ada sesiapa yang dapat melengahkannya kecuali dengan takdir yang maha Kuasa. Namun tidak ada sesiapa pernah lupa bahawa ketibaan tahun baru bermakna anjakan waktu semakin ke depan. Ada yang merayakannya sebagai satu keseronokkan. Entah dari segi apa?
Tetapi bagi yang memahami, tugas semakin berat setiap kali tahun berganti. Paling jelas, kita semakin hampir ke suatu waktu yang cukup abadi dan pasti. Dan waktu itu, semuanya akan saling membuktikan tentang penggunaan usia kita dalam kehidupan ini. Dan waktu itu juga, pilihan telah kita buat seawal kehidupan kita, sehingga titik itu, kita tidak punya pilihan lagi, selain hanya menerima "ganjaran" yang setimpal dengan apa yang telah kita lakukan.

2 ulasan:

  1. salam. lama sik nengar cerita puisi baharunya. apa pun tetap tahniah! Bunga yang Menangis terus sukses kedengarannya dan terkini telah diulas lagi di ruangan YIIB kita. Tahniah!!! dan salam 2010.

    BalasPadam
  2. Salam. Syukur, semuanya bait2. Kmk pun arap kita urang sekeluarga bait2 juak. Ada nengar perkabaran ya, tapi belum sempat nak mendapatkannya. Apapun, terima kasih atas makluman. Salam 2010...

    BalasPadam