Ahad, 31 Mei 2009

NIKMAT

Sesungguhnya, nikmat alam kalau dimanfaatkan, pasti memberi banyak kebaikan. Namun, masih ada yang memilih, untuk menyakiti diri sendiri dengan pelbagai suasana yang sedar atau tidak. Seperti merokok, penggunaan dadah dan sebagainya.
Walhal, pemakanan yang sihat, menjamin kesihatan yang cukup kesempurnaan, di samping dipenuhi doa-doa kepada-Nya.

Khamis, 28 Mei 2009

KEPADA-NYA

Apapun yang kita rencanakan, wajar jelas dengan tujuannya. Justeru, pertikaian diri, bukan hanya tergerak oleh emosi dan nafsu tetapi pemaknaan rasa yang tersadur pertimbangan pemikiran yang jitu.
Kepastiaan bukan hasil yang benar-benar terbit daripada kita tetapi ia wujud dengan keizinan-Nya. Maka, kita tidak wajar mempersoalkan tanpa membuat penilaian yang murni.
Sesungguhnya, hidupku, matiku dan ibadatku untuk-Nya.

Rabu, 27 Mei 2009

MERAH

Warna menjadi rasa dalam tafsiran. Namun, ianya terpulang kepada cara pentafsiran masing-masing. Sudah tentu pentafsiran itu berdasarkan pengalaman kehidupan yang ditunjangi pendidikan dan pemahaman.
Justeru, pengalaman begitu penting untuk membayangkan masa depan. Andai kata, pengalaman yang dikecapi penuh warna keceriaan, maka masa depan pasti terpapar dengan keceriaan yang maha indah. Begitu juga sebaliknya. Lantas, jadikan pengalaman itu satu kepastian yang cukup mendalam pengertiaannya untuk mencari kasih-Nya yang maha suci.

Selasa, 26 Mei 2009

PERHIMPUNAN PENULIS MUDA NASIONAL 2009

Sejarah membuktikan bahawa tidak semua orang akan terpesona dengan tawaran kuasa dan darjat. Pengertian perjuangan, bukan hanya memberi tafsiran luaran semata-mata tetapi lebih memerlukan pemaknaan sebenar nilai dalaman.
Maka, pertemuan Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 yang telah berlangsung pada 22-24 Mei 2009 memungkinkan perjuangan ini wajar dan harus dipergiatkan dengan memberi satu pemaknaan semula tentang prinsip dan harga diri.
SELAMAT BERJUANG

Isnin, 25 Mei 2009

LANUN, MENYAMUN BAHASA JIWA BANGSA

Sebenarnya, dalam Perhimpunan Penulis Muda Nasional yang lalu telah berlaku peristiwa yang amat amat amat menyedihkan, menyakitkan dan mengejutkan. Satu kenyataan yang terlontar oleh insan yang telah membuka makna dan nilai sebenar kononnya "perjuang orang melayu" yang kian nipis, lembik dan terpesong.
Bukan sedikit calarnya, bukan main perit dan bisa lukanya, apabila, pengharapan telah dimusnahkan olehnya. Ia bukan lagi kenyataan tetapi satu penyamunan yang maha kasar dan keras. Satu kehinaan yang cukup memalukan peradapan pengertian sebenar "perjuangan". Apakah, era ini, akan memunculkan LANUN yang akan menyamun segala harta dan khazanah dalam laman "BAHASA JIWA BANGSA" hanya kerana ketakutan dan kebaculan terhadap bayang-bayang sendiri atau mendombakan ketamakkan terhadap kekuasaan dan darjat?
Kini, rasanya, wajar kita mempersiapkan LAKSAMANA untuk menerjah dan menghapus LANUN yang buta dan pekak tentang perjuangan bangsanya dan maruah jati dirinya.
SELAMAT BERJUANG DENGAN TULUS IKHLAS...

PENULIS MUDA BERHIMPUN

Bermula pada 22 hingga 24 Mei 2009, di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka, karyawan muda berhimpun dalam majlis Perhimpunan Penulis Muda Nasional, anjuran PENA bersama kerajaan negeri Melaka dan DBP.
Sesungguhnya pertemuan itu memberi seribu satu kesan dan impak dalam membentuk nilai perjuangan serta cabaran penulis muda dalam menentukan arah tuju sastera kebangsaan.
Kalibat S.M Zakir, Nisah Haron, Shamsudin Othman, Salina Ibrahim, Saifulnizam, Rahimidin dan banyak lagi tokoh muda Malaysia, jelas mewarnai pertemuan itu.
Tahniah buat PENA dan ahlinya yang cukup berjaya membuka horizon baharu dalam pengertian penulis muda.

Rabu, 20 Mei 2009

KESAKSIAN

Perjalanan yang penuh saksi keabadian, acap kali tidak terjangkau akal. Bukan kerana tiada kesempatan untuk menilai tetapi kelekaan terlalu peka menjamah setiap perkiraan. Ruang yang terbentang dan persada yang terhampar hanya menjadi ilusi keindahan, bukan sesuatu yang memaknakan.
Apakah kesaksian yang jelas dan jitu itu, mengundang seribu persoalan tanpa jawapan?

Selasa, 19 Mei 2009

JERNIH

Sesungguhnya, kita amat mengimpikan sesuatu yang indah dan nyaman. Juga suci dan murni. Namun, kita sering menyerap rasa yang terlalu tergugah oleh emosi. Apatah lagi andainya, kita telah meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu yang sukar untuk kita sendiri mengerti. Pun begitu, kita melenyapkan nilai perhitungan yang lebih sejati. Maka, kita lebih mengutamakan harapan daripada ketakdiran yang sedia ada. Cuba kita renung kejernihan yang amat mengujakan...

Isnin, 18 Mei 2009

CERIA

Keceriaan melambangkan satu dorongan yang kuat dalam minda. Mencetus makna rasa yang cukup teguh mendepani apa-apa yang menduga. Namun keceriaan bukanlah sesuatu yang hanya diperagakan dengan senyuman, tetapi juga dirungkaikan dalam nilai wibawa harga diri.
Keceriaan bukan jaminan kebahagiaan tetapi penanda wahana kegirangan

Ahad, 17 Mei 2009

NEGERIKU SARAWAK

SARAWAK TAHAH AIRKU, NEGERIKU, TANAH AIRKU SARAWAK.
Negeriku Sarawak, unik dan makmur, pelbagai etnik masyarakatnya, tetapi tidak pernah mempersoalkan tentang penyatuan. Baginya, negeri ini satu di bawah payung Malaysia. Yang Cina berbahasa Melayu, yang Iban pun berbahasa Melayu, yang Bidayuh berbahasa Melayu, yang Melanau pun berbahasa Melayu. Sahabatku Poul, etnik Bisaya, berbahasa Melayu, Jaya Ramba, seorang Iban pun berbahasa Melayu, Jong Chian Lai, seorang Cina pun berbahasa Melayu, Saiee Driss amat fasih berbahasa Melayu. Jiso Rutan, seorang Bidayuh pun bijak berbahasa Melayu. Justeru tiada masalahnya berbahasa Melayu.
Sungguh, Sarawak negeriku, telah sekian lama mengamalkan konsep "Satu Sarawak" dalam suasana aman, damai, makmur dan sejahtera.
SARAWAK...

SATU MALAYSIA

Sejenak kita berfikir, sekelumit jua kita kehairanan. Apakah selama ini, kita tidak pernah bersatu? Atau selama ini juga kita tidak mengerti? Siapa yang merungkaikan pengertian SATU kita? Atau, sememangnya kita tidak dimengertikan dengan penyatuan itu?
Kini kita disogok kembali dengan suatu madah yang penuh retorik, tetapi tidak menjangkau makna falsafah pujangga selain hanya mainan kata di hujung rasa.
Jauhilah "madah berhelah" agar wajah negara tidak terpesong dalam bicara yang luka. Marilah kita ukir setia dengan kesantunan budaya bangsa yang benar dan tulus melalui satu bahasa iaitu "Bahasa Kita, Bahasa Melayu" agar berkibar semangat "BAHASA JIWA BANGSA". Malaysia ini jangan diulit noda yang penuh kesal melulu...

PERTANYAAN



Apabila sesuatu pertanyaan menjadi persoalan yang tidak terjawab, maka keresahan akan memuncakkan delima perkiraan normal kita tentang kebenaran. Kemudian, delima akan mula mencetuskan kecelaruan yang merisaukan. Lantas, nyatakan yang sewajarnya...

Jumaat, 15 Mei 2009

AKU SAYANG IBU


MEMANG, AKU SAYANG IBU, AKU RINDU IBU, AKU MAHU IBU...

Khamis, 14 Mei 2009

MALAM

Bayangkan malam yang penuh dendam, hadir bagaikan cengkaman serigala, walhal keindahan membiru mengisi nyaman dingin.
Malam menjadi saksi, bahawa kesepian bukan satu pengakhiran.

ANUGERAH

Kejelitaan itu anugerah daripada-Nya,
nikmatilah keindahan itu
atas dasar kagum ciptaan-Nya

Kejelitaan itu mahal harganya
andai dipelihara dengan tulus
sebuah cinta kepada-Nya

YANG TIDAK PERNAH SELESAI


Semoga perjuangan ini akan menjelmakan cahaya kedamaian
yang cerah dan nyaman meliputi setiap jiwa atas nama kemanusiaan.

AYU

Senyumanmu
yang menikam menusuk
ke dalam maluku
hingga malu tersendu.

Ya Allah, lindungi aku, agar tidak tergoda dalam rasa melulu!

Rabu, 13 Mei 2009

SENYUMAN SEJUJUR-JUJURNYA


Keriangan wujud melalui ruapan emosi yang tulus setelah memahami bahawa kegembiraan adalah anugerah yang maha tinggi daripada-Nya.
Kita sering melupakan bahawa keriangan yang wajar dan mutlak untuk kita miliki adalah keriangan yang sekian indah terbina di suasana tawa, gurau, tangis, rajuk dan pujuk.
Tentu sahaja kehadiran cahaya mata yang mewarnai nilai keriangan itu, seringkali mengalirkan airmata syukur yang amat.
SEGALA PUJI-PUJIAN BUAT YANG MAHA ESA.

APABILA TANGGAPAN MELEBIHI KEFAHAMAN



Kemurungan menjadi landasan untuk menimbulkan kebenciaan. Lantas mencetuskan tanggapan yang akan membuka ruang keresahan. Pasti wujud celaru yang bertubi-tubi sehingga kebencian menjadi cemuhan yang maha dalam dan menakutkan!
Bukan semua tanggapan yang memberi peluang untuk memperhalusi kembali kefahaman. Apatah lagi, andainya ia dibiarkan mendahului pertimbangan diri, dan akhirnya, sengketa terjadi. Lalu, kemurungan menjadi satu kerelaan membawa diri dalam dunia kesepian yang membungkamkan.
Fikirkanlah...


Fenomena baharu dalam budaya Malaysia memperlihatkan bahawa generasi kini gemar amat menekuni pengisahan yang berkaitan dengan pelakon Korea, Jepun dan Hindi.

Namun, episod kisah percintaan Budaya Korea menjadi agak kedepan dalam pilihan mereka. Apakah inisatu dorongan emosi atau satu entiti baharu dalam minda generasi yang kita ingin bina sebagai modal insan minda kelas pertama?

Renung-renungkan lah.