Isnin, 6 Julai 2009

CELARU ATAU KELIRU?

Fenomena yang berlaku di Malaysia sebenarnya banyak mengundang persoalan yang wajar difikirkan. Namun, hanya segelintir sahaja masyarakat di Malaysia mahu mempersoalkannya. Golongan ini pun, terdorong kerana latar pendidikan dan pengalamannya melihat suatu keadaan atau suasana yang mewajarkannya diteliti.
Walaupun demikian, lebih ramai yang membiarkan sahaja fenomena celaru dan keliru terjadi, kerana bagi mereka itu bukan masalah mereka tetapi suatu permainan kehidupan. Tetapi mereka tidak sedar bahawa hal-hal yang sedemikian telah menjadi pola pembudayaan dalam diri mereka sehingga mereka tersesat dalam pentafsiran celaru atau keliru.
Kini terpulanglah kepada diri masing-masing untuk merungkaikan apakah kecelaruan dan apa pula kekeliruan yang wajar dan harus didepani dengan akal budi...

2 ulasan:

  1. Celaru, keliru menjadi satu hingga buntu mencari jalan keluar ?

    BalasPadam
  2. Sememangnya dasar di Malaysia, lebih mengutamakan "sebagai pengikut ilmu" bukan "sebagai pencipta ilmu" lantaran itulah menyebabkan mereka menjadi "buntu" untuk keluar daripada kebiasaan. Salah satunya penggunaan BI dan konsep perpaduan melalui 1Malaysia...lama dah tu...

    BalasPadam