Ahad, 12 Julai 2009

MASIH MENCARI YANG MANA HUJUNG YANG MANA PANGKAL?

Selepas melihat rancangan ISU TV1, tentang isu PPSMI, jelas amat masyarakat masih mencari yang mana hujung yang mana pangkal dalam hal ini. Pelik, lucu dan aneh. Peliknya, masyarakat masih terlalu ramai yang tidak memahami tentang konsep. Lucunya, ada masyarakat yang mendabik dada menyatakan bahawa ini satu malapetaka apabila PPSMI dimansuhkan. Dan lagi aneh, undian SMS (melalui rancangan itu) memberikan 68% menyatakan akan merosot penguasaan BI setelah PPSMI dimansuh.
Inilah natijahnya apabila masyarakat tidak memahami antara konsep dan konteks. Jangan dikatakan BI merosot, setelah 50 lebih tahun merdeka, BM pun masih terlalu amat dipinggirkan dan dikesampingkan. Apakah perkara pokoknya? Mudah sahaja, kalau bahasa sendiri pun tidka mahir, inikan pula nak belajar bahasa orang lain? Tambah-tambah lagi untuk belajar ilmu sesuatu bidang.
Mungkin inilah akibatnya apabila sesuatu dasar yang menimbulkan kecelaruan dan kekalutan dalam pemikiran masyarakat, yang akhirnya menjadikan masyarakat tampil dengan idea dan fikiran yang keliru dan menakutkan. Barangkali, sudah sampai masanya, mereka yang bertanggungjawab, kembali melakukan muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan dan apa yang hendak dilakukan. Kalau tidak, kita akan terus menerus mencari yang mana hujung dan yang mana pangkal dalam hal ini...

2 ulasan:

  1. Sdra. Jaafar,
    Saya turut menontonnya semalam. Jika tak silap seorang penanya iaitu Pengerusi Majlis Permuafakatan PIBG Rawang (rupa-rupanya mewakili Rawang sahaja... ingatkan Pengerusi Kebangsaan) tidak bersetuju atas pemansuhan PPSMI, lalu dia ditempelak balik oleh ahli panel lalu merah padamlah muka dia itu dalam siaran secara langsung ini! Juga seorang penanya (tak ingat dari mana) yang kononnya bentangkan kajian terhadap 3,000 responden... katanya ramai yang mahu PPSMI! juga si penanya ini nyatakan tentang peratus undian dalam blog chedet bahawa 86% peratus tidak setuju PPSMI dimansuhkan, lalu dia ini juga ditempelak balik oleh ahli panel!
    Ya... pokoknya ramai lagi masyarakat kurang mengerti konsep dan konteks dalam membicarakan hal PPSMI ini.

    BalasPadam