Selasa, 5 Januari 2010

KENAPA DIUNDANG SENGKETA?

Saat mencari kedamaian dan keamanan, mengapa ada yang sengaja menjolok rasa? Apakah sememangnya sedemikian kejinya manusia yang tidak pernah syukur nikmat-Nya. Kini, kerajaan harus belajar mengerti dan memahami bahawa keterbukaan yang terlampau sebenarnya jalan mengundang malapetaka.
Mungkin tidak salah bertegas, apabila orang sudah mula menampakkan taring. Kerana Malaysia yang kucinta ini semakin menjadi tidak keruan. Seperti hilang rasa kesentosaan. Paling peliknya, kita sebagai tuan, sentiasa mengalah dan memberi semahunya, sedangkan yang mendatang dan menumpang semakin ghairah mengali dan mengali tanpa peduli siapa kita.
Mengapa?

4 ulasan:

  1. Kemungkinan kerana kita selalu bermurah hati yang tak bertempat agaknya...

    BalasPadam
  2. Salam,

    Begitulah kita, lupa pesan orang tua, "anak kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan"

    BalasPadam
  3. Wahai bangsaku melayu alang2 menyelok pekasam biar sampai ke pangkal lengan, kalau mandi biar sampai kuyup

    BalasPadam
  4. Wahai bangsaku melayu alang2 menyelok pekasam biar sampai ke pangkal lengan, kalau mandi biar sampai kuyup

    BalasPadam