Isnin, 29 Jun 2009

ISU KITA

Ada beberapa hal yang menarik berlaku di negara kita. Pertama kes penyeludupan manusia. Kedua tentang kakitangan awam dibebani hutang. Selain kes Manohara. Namun dalam hal-hal tertentu, soal "hutang" mungkin wajar dilihat dari sisi yang berbeza. Kenapa berhutang? Itu persoalan pokok. Berdasarkan kenyataan Presiden Kesatuan Sekerja, keadaan hidup di bandar yang menjadikan kos hidup terlalu tinggi menyebabkan orang terpaksa berhutang. Itu mungkin benar, kalau dilihat dalam situasi di KL. Tetapi suasana dan keadaan negara juga mendorong ke arah orang untuk berhutang, antaranya kenaikan harga barang yang amat amat amat tinggi dan mendesak.
Lantas, apakah peranan kerajaan bagi mengimbangi tuntutan kehidupan kakitangannya? Kita lihat pendekatan dan kaedah menanganinya, pelik tapi benar, iaitu naik gaji, naik harga barang, lalu apa penyelesaiannya? Pelik kan?

2 ulasan:

  1. JH,
    Salam ziarah. Tak tahu ada blog. Jemput ke blog kamik

    BalasPadam
  2. Insya Allah, akan dikunjungi. Terima kasih singgah menyapa.

    BalasPadam