Rabu, 29 Julai 2009

SEMINAR KEKUASAAN?

Menghadiri seminar di Penang, tentang "kuasa" dalam sastera sejarah Melayu, banyak memberi input yang amat amat berguna dalam mencari pengertian tentang diri Melayu. Sebenarnya, dalam pengertian sisi yang lain, Melayu terlalu banyak berkorban dan memberi. Sehingga Melayu telah tergadai dalam makna diri Melayu nya.
Melayu seakan tertipu atau terperangkap dalam setiap perjanjian yang telah dilalui oleh sejarahnya. Melayu secara tidak langsung telah melakukan banyak jejak dan langkah yang silap dalam membina negara bangsanya.
Kini, Melayu mencari dirinya dalam pengertian "Me"layu"...

2 ulasan:

  1. Sdra. Jaafar,
    Beberapa kertas pembentangan sememangnya penuh ilmu pengetahuan yang malar hijau dengan suasana kini masyarakat Malaysia. Beberapa nama pensyarah baharu yang membentangkan kertas juga tidak kurang hebatnya dalam memperkatakan tentang 'kekuasaan' ini...

    Saya juga berhajat ingin mengulas ringkas tentang 1-2 kertas pembentangan tempoh hari, tertarik dengan kertas pembentangan seorang pensyarah wanita dari UM - ya... dalam membentangkan ilmu tetapi sinikal terhadap 'pentadbiran kini'...

    BalasPadam
  2. Sewajarnya ada ulasan atau perbahasan tentang hal tersebut kerana fenomena sekarang cukup memeritkan...

    BalasPadam