Agak lama aku fikirkan, kenapa ya soal Satu Malaysia dirumitkan. Walhal, sudah lima puluh tahun lebih kita merdeka dan hidup dalam suasana Satu Malaysia. Setahu aku, yang memeritkan makna nilai itu adalah dasar politik yang terlalu mementingkan kekuasaan tanpa melihat kesepaduan. Akhirnya tunas-tunas keretakkan pun terjadi. Apa yang jelas, politik salah dimengertikan dalam usaha membangunkan kemasyarakatan, khususnya negara seperti Malaysia yang dicirikan dengan pelbagai bangsa dan budaya.
Kalau diteliti dengan melihat sejarah, Bahasa Melayu sebagai bahasa pemersatu cukup dan amat berjaya menjadikan Malaysia sebagai Satu Wajah tetapi kerana kerakusan politik yang tidak memahami suasana, maka Bahasa Melayu di "dang dong" kan, dan akhirnya kita merasai betapa retak menanti kecai mula meresapi pemikiran dan pandangan hidup masyarakat Malaysia.
Benar kata nenekku, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali...
Sdra. Jaafar,
BalasPadamMalaysia itu sememangnya satu sahaja di dunia ini, tapi ke mana menghilangnya "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang" itu ya?
(saja-saja usikan minda pagi Jumaat ni... hehehe...)
Begitulah, apabila yang di atas bertukar, maka bertukar jugalah gagasannya. Itu pun terjadi di DBP kan? Emm itulah istimewanya Malaysia, hanya ada satu sahaja di dunia ini tetapi pemimpin kita nak Malaysia jadi dua atau tiga, ubah budaya dan pola kehidupannya, kan betul kata nenekku, "Yang dikejar tak dapat yang dibawa berciciran" hehehehe
BalasPadam