Ahad, 2 Ogos 2009

KINI MELAYU BENAR-BENAR SUDAH LUPA

Apa yang berlaku pada Sabtu lalu benar-benar memalukan "Melayu" yang selama ini mengakui Malaysia ini sebuah negaranya. Entah apa yang tersirat dalam niat yang sebenar hanya DIA sahaja yang mengetahui. Tetapi, sebagai manusia yang waras, apa yang berlaku adalah kerana desakan nafsu yang amarah, angkuh, sombong dan bongkak.
Apa yang lagi pelik, "Melayu" juga yang menjadi punca dan mangsanya juga orang "Melayu" sama ada mereka peniaga, pembeli dan awam. Persoalannya, mengapa tiada bangsa lain yang terlibat? Disinilah kependekkan akal orang "Melayu" yang mengikut rasa, walhal telah turun temurun pepatah pujangga mengatakan "ikut hati mati, ikut rasa binasa".
Benarlah, orang "Melayu" makin lupa diri, kerana dalam kesibukkan mereka mencetuskan kacau bilau, "orang lain" merancang strategi, lantaran itu kekalutan ini tidak ada hentinya. Kesian, "orang Melayu" masih tidak mahu belajar memahami tentang nasib dirinya...
Melayu semakin LAYU...

2 ulasan:

  1. Sdra. Jaafar,
    Benarkah Melayu Sudah Lupa...? tapi Melayu yang benar-benar lupa itu merupakan Melayu yang melaungkan angka hebat 1 itu rasanya... sedarkah pemimpin angka 1 itu bahawa Melayu yang ramai kena tahan di utara Perak itu?
    Sekadar menyongsang arus idea dan pendapat cuma... Hehehe... namun LAWAN TETAP LAWAN!

    BalasPadam
  2. Kita semakin berpecah, tapi "orang lain" mengatur rencana dan strategi. Sedar atau tidak, kita semakin "dipermainkan". Saya tidak memihak kepada sesiapa, tetapi saya kesian dan malu melihat suasana yang semakin kalut, walhal banyak hal lain yang wajar kita perjuangkan. Benar LAWAN TETAP LAWAN tetapi pastikan YANG BERKESAN bukan BERTABURAN hhehehe

    BalasPadam