Khamis, 6 Ogos 2009

KEMBALI BERMAIN BOLA SEPAK

Walaupun EPL belum lagi bermula, entah bagaimana minat untuk bermain bola kembali meresap dalam diri. Setelah hampir seminggu berlatih (itupun kerana persiapan kejohanan bola sepak badan-badan berkanun) terasa amat kekurangan diri. Selain faktor usia, tampak jelas fokus serta kreatif dalam permainan ini semakin menipis.
Mungkin jurang teknikal permainan tidaklah begitu jauh tertinggal tetapi, proses mengawal dan membuka peluang dalam bentuk permainan yang wajar teramat berbeza dengan waktu muda-muda dahulu.
Walaupun demikian, bekalan semangat begitu kental untuk membuktikan bahawa skil dan kudrat itu masih boleh dikerah walaupun peratusan yang dicurahkan tidak mencapai prestasi sewaktu 20-an dahulu. Barangkali, inilah tanda bahawa kudrat dan minat ada dalam tubuh yang sama tetapi berjauhan dalam kehendak kehidupan...

1 ulasan:

  1. Sdra. Jaafar,
    Rupanya sdra. seorang yang berbakat dalam bola sepak... tahniah. Saya hanya pernah wakili sekolah rendah sahaja sekitar tahun atau musim 1983-84 sahaja...
    Semoga berjaya dalam peringkat usia yang ada itu untuk badan berkanun sdra.

    BalasPadam