Tiada apa yang dapat dikatakan lagi, andai persoalan sentiasa menjadi persoalan tanpa jawapan. Kerana, persoalan yang menjadi pertanyaan sentiasa dihimpit dengan kekeliruan yang tiada penghujungnya.
Pentafsiran demi pentafsiran menjadi wadah kekeliruan semakin meluas dan sukar disempadani dengan akar yang berhemah. Punca tiada lagi menjadi perkiraan. Semuanya memberi jawapan berdasarkan persepsi diri yang jumud dan mati.
Kini, terpulang buat diri kita, menentukannya melalui nilai rasa kesedaran dan keinsafan, moga-moga kita berada dalam kerahmatan-Nya.
Amin.
Sdra. Jaafar,
BalasPadamWalaupun agak kesibukan menguruskan 6 program sempena BBK 2009 Negeri Johor dan Melaka bermula 30 September - 8 Oktober 2009 secara maraton, namun sempat juga berkunjung ke blog Sdra. ini.
Teruskan menulis catatan yang menjurus ke arah pemikiran yang dapat dikongsi bersama.
Terima kasih atas ingatan tuan, sememangnya saya kenal tuan yang kuat kerja dan bersemangat waja dalam melaksanakan amanah memartabatkan Bahasa Melayu, moga2 terus maju jaya...
BalasPadam