Rabu, 17 Februari 2010

SYUKUR

Segala puji bagi-Nya, kerana dengan izin-Nya juga maka Hari Pejuang Bahasa 152 terlaksana dengan jayanya. Walaupun kehadiran sederhana tetapi jiwanya hidup, rohnya wujud dan maknanya menjadi sejarah yang amat besar dalam kewujudan bangsa Melayu.
Sesungguhnya, kejayaan itu bukan kerana ketekunan atau kerajinan ajk kerja tetapi kerana rahmat-Nya yang penuh Rahman dan Rahim. Apapun, terima kasih kepada semua teman dan lawan yang sudi menyokong dan mengkritik bagi memastikan kesempurnaan acara.
Syukur kepada-Nya

2 ulasan:

  1. Sdra. Jaafar,
    Tahniah atas berlangsungnya 2 majlis/program sempena Hari Pejuang Bahasa 152, cukup berkesan dalam memantapkan semangat dan meneruskan hidup bahasa dan sastera Melayu.
    Seperti yang tercatat dalam entri blog rarws...
    "4. Sememangnya kesungguhan serta penat lelah Sdra. SM Zakir, Jaafar Hamdan, Mattaib Nordin dan Muhammad Ikhram bersama rakan-rakan lain dalam PENA dan KALAM yang menggerakkan program Hari Pejuang Bahasa 152 dan menerbitkan buku antologi puisi yang khas skalanya ini cukup meninggalkan kesan serta memperoleh keberkatan-Nya juga meninggalkan tapak sejarah untuk perjuangan seterusnya. Tahniah."

    BalasPadam
  2. Salam sdr. Rusdi,

    Terima kasih juga buat tuan kerana sudi menghadirkan diri walaupun jauh di selatan. Semangat pejuang yang tulen sedemikianlah.

    Kami merasakan, HPB 152 mampu menjadi asas bermulanya gerakan generasi baharu dalam melihat kembali peranan Bahasa Melayu dan usaha memartabatkannya, walaupun baru pertama kali diadakan, sudah ada suara2 mempertikai, memperkecil dan sinis menyindir kebermaknaannya. Malang bukan?

    BalasPadam