Pada 14 februari ada dua perayaan pada tahun ini iaitu, Hari Valentine bagi yang bercinta dan sambutan Tahun Baru Cina. Tentu sahaja warna merah akan mengisi segenap ruang kerana sambutan itu.
Namun, pada 15 februari, akan tercatat sejarah yang cukup bermakna apabila Hari Pejuang Bahasa mula diadakan. Pemilihan tarikh 15 februari cukup bermakna kerana cuba menterjemahkan nilai yang seakan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan 152, yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Namun, ujian paling getir akan memaparkan sejauh mana kejituan jiwa perjuangan terhadap bahasa Melayu apabila 15 februari adalah hari cuti, yang mungkin akan mereka hadiri atau mereka tidak ambil peduli!
Sdra. Jaafar,
BalasPadam1. Insya-Allah diri ini akan hadir walau jauh dari hujung tanah (Johor).
2. Kiriman 2 buah puisi baru dihantar (Isnin, 8 Februari 2010 - pukul 8.40 pagi) melalui e-mel kepada Tuan SM Zakir yang disekalikan melalui e-mel Sdra.
Terima kasih.
Salam sdr Rusdi,
BalasPadamSaya kenal tuan yang punya semangat kental,cuma ada beberapa teman yang awal-awal mengalah sebelum semboyan ditiupkan.
Terima kasih atas puisi yang disumbangkan