Rabu, 30 Disember 2009

APA SUDAH JADI?

Apabila membaca sebuah akhbar tentang perancangan anak kandung kembar untuk membunuh ayahnya, saya menjadi cukup kelu dan terlalu payah mentafsir, mengapa sehingga sedemikian hinanya pengertian tentang anak dan ayah. Apatah lagi ayah itu ayah kandungnya sendiri. Terlalu sukar untuk dimengertikan.
Mengapa hal-hal sebegini berlaku walhal dicanang masa kini orang semakin moden dan kononnya makin bijak. Tetapi apa yang berlaku dan sedang berlaku bertentangan dengan makna bijak itu. Bayangkan pembunuhan demi pembunuhan sama ada bapa bunuh anak, orang jual anak, anak bunuh ibu, anak saudara merompak ibu saudara dan banyak lagi kes-kes yang semakin memualkan.
Barangkali, jelaslah bahawa akhir zaman dinampakkan pelbagai kehinaan manusia apabila mereka melupakan siapa yang lebih berkuasa dalam dunia yang fana ini. Maka berterusan kehinaan ini, apabila yang bertanggungjawab semakin mengabaikan amanahnya. Nauzubillah...

2 ulasan:

  1. Sdra. Jaafar,
    Tahniah atas persembahan gitar solo dan nyanyian ketika Majlis Penyampaian Hadiah Tunas Remaja tempoh hari,
    memikat - bersahaja - meninggalkan kesan.

    BalasPadam
  2. Salam Sdra. Rusdi,

    Terima kasih. Harap2 satu hari kita bergabung. Dengar2 sdr. Rusdi juga amat berbakat dalam lagu puisi. Kalau tidak kita buat show lagu2 rock 80-an, hehehee

    BalasPadam