Ahad, 27 Disember 2009

2010

Seperti biasa, 2009 akan meninggalkan kita dan 2010 akan menjelma. Pelbagai azam dan hasrat impi bergetar dalam diri. Ada yang menjadikan 2010 sebagai permulaan, dan ada juga yang bercita-cita merealisasikan harapan selama ini yang terpendam. Begitulah dari tahun ke tahun, tertanam cita dan impian. Namun setiap yang tertinggal tidak pernah dimengertikan. Sejauh manakah tercatat perjalanan itu dengan seribu pengertian yang benar.
Sesekali menjenguk ke hadapan, kita sememangnya akan melupai apa yang telah kita lalui. Bukan kerana kita tidak menyukainya tetapi kerana kita sering terpengaruh oleh suasana, apatah lagi andainya suasana baharu itu lebih menyenangkan dan mengasyikkan.
Dan, kita seperti biasa, dari tahun ke tahun menghitung usia tanpa mengerti bahawa kita semakin dekat untuk menemui-Nya. Mungkin 2010, wajar kita niatkan sebagai langkah membuat persediaan yang rapi ketika menjejak waktu yang pasti datang tanpa kita sedari.

2 ulasan:

  1. Selamat Tahun Baru 2010M...dan 1431H.

    Moga segala persiapan untuk menghadapi cabaran masa depan sudah siaga ya. Memori Akademi Sastera 2009 masih manis dalam ingatan, moga nanti kita berjumpa lagi dalam majlis yang lain pula. :)

    wasalam

    BalasPadam
  2. Salam, Insya Allah, kita akan sering ketemu. Kenangan itu manis, kerana anda juga manis hehehe...

    BalasPadam