Ahad, 13 September 2009

WANG EHSAN?

Apabila kerajaan di bawah pemerintah BN mengumunkan memberi RM500 kepada kakitangan sokongan dengan kaedah pemberian 2 kali iaitu sebelum Hari Raya dan pada Disember 2009, ada senyum di bibir mereka dan ada rasa syukur meniti dalam hati mereka walaupun kadarnya tidaklah seperti tahun2 lalu.
Keadaan ekonomi negara mungkin alasan yang paling munasabah kenapa dan mengapa hal ini sedemikian rupa jadinya. Mungkin kita boleh menerimanya dengan sedemikian rupa juga. Tetapi ada pihak yang telah mendapat bonus sehingga 6 bulan. Apakah suasana berbeza ini berlainan untuk penerimanya? Entah, kita tidak tahu pendekatannya. Apapun, kakitangan kerajaan kumpulan sokongan ini bukan menerima bonus tetapi wang ehsan. Apakah ada bonus selepas pengumunan belanjawan pada oktober 2009 ini?
Kita tunggu...atau kita "dimatematikkan" melalui satu kaedah yang kita juga tidak memahaminya...

1 ulasan:

  1. Sdra. Jaafar,
    1. Pertama-tamanya, syukur kepada Ilahi kerana rezekinya itu. Syukur ini harus dibesarkan kepada Ilahi, itu yang utama!
    2. Hanya kakitangan sokongan yang dapat 'wang ehsan' ini... baik hati dan sungguh amat mulia tahap tertinggi pihak kerajaan ya...! Apakah dengan 'wang ehsan' ini maka rakyat ramai akan secara total automatik (bukan matematik) beramai-ramai beralih kembali sokongan kepada UBN?
    Hehehe... sekadar provokasi manja pagi hari saja...

    BalasPadam