Ahad, 6 September 2009

BONUS?

Barangkali, kebiasaannya, apabila penghujung tahun atau mendekati Hari Raya, sesungguhnya, kakitangan kerajaan mengharapkan bonus bagi menampung perbelanjaan yang sememangnya semakin meruncing.
Tambahan, dengan kenaikan harga minyak petrol bukan sahaja mengundang kenaikan harga benda lain tetapi juga kos sara hidup. Beban ini mungkin tidak dapat dinilai dengan perkiraan matematik sahaja, kerana apa yang berlaku terlalu subjektif untuk dihuraikan dengan kaedah sains dan logik.
Apapun, sama ada bonus diberi atau tidak, kerajaan harus meneliti banyak perkara dalam menentukan kelangsungan hidup masyarakat dalam keseimbangan, yang bukan hanya ditentukan dengan konsep SATU MALAYSIA semata-mata tetapi perlu memaknakan banyak perkara iaitu tentang kehidupan ini.
Kehidupan tidak dapat dijadikan batu loncatan politik, kerana kehidupan yang akan menentukan bentuk dan corak masyarakat, andai perkara ini terbiar dan tidak diambil peduli, maka pelbagai ancaman sosial, pemikiran dan ideologi akan bercambah untuk mencelarukan keadaan, hingga hidup menjadi satu perlumbaan yang tiada garis penamatnya. Dan akibatnya, sesuatu yang amat merisaukan...
Wallahualam.

2 ulasan:

  1. Sdra. Jaafar,
    Satu slogan yang sering diingati bahawa "beri gula - ambil, beri beras - ambil, beri kain pelekat - ambil, bila undi - ......" Hehehe....

    Bonus atau tidak, itu kewajiban pemerintah tidak kira UBN atau PR memerintah; namun dalam negara demokrasi kita bebas memilih serta jangan mudah terpengaruh dengan pelbagai slogan muluk yang kadang-kadang kabur sifatnya - jika 1 Malaysia maka haruslah juga 1 Malaysia 1 Bahasa...?
    Ya... ini sekadar pandangan bebas dalam negara demokrasi. Selamat meneruskan ibadah puasa.

    BalasPadam
  2. Ada benarnya kata tuan, namun sebagai pemerintah, mewujudkan keseimbangan bukan hanya terletak pada satu slogan dan satu konsep semata-mata tetapi lebih daripada itu.

    "Mainan" idea bukan penyelesaian, begitu juga yang berbentuk "pemberian" tetapi sekurang-kurang semua sisi yang saling kait mengait, wajar diberi perhatian.

    Itulah demokrasi...

    BalasPadam